“Isteri Mengaku Mengandung Anak Luar Nikah” – Jimmy Shanley

Monday, May 7, 2012 21:46
Posted in category Bermasalah, General

Sungguh terkejut diri ini bila membaca laporan berita Sinar Harian mengenai kes mahkamah berhubung masalah rumahtangga Jimmy Shanley dan isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy bilamana Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.

ISTERI JIMMY SHANLEY MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu yang didapati masih berjudi. Dan menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

Seperti kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila yang diterimanya di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat pada prosiding yang berlangsung:-

“SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

“Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah,”

Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka namun nasihat itu tidak diendahkan. Ibarat masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Malah menurut Jimmy, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka.

Pada prosiding tersebut, Jimmy mengemukakan lima alasan utama kenapa dia mendakwa isterinya nusyuz iaitu Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya.

Psstt: Jom bantu YUNA untuk menghasilkan sebuah video klip yang awesome!

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to ““Isteri Mengaku Mengandung Anak Luar Nikah” – Jimmy Shanley”

  1. azmanisma says:

    May 9th, 2012 at 1:42 am

    adeh..parah betul kalau macam nih..

    [Reply]

  2. marina says:

    September 30th, 2012 at 3:40 am

    sah mmg cikaro bini jimmy ni! kesian jimmy

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D