Ini Sah! Irma Hasmie Akan Bertunang Pada 24 Mac 2012

Wednesday, March 21, 2012 19:11
Posted in category Gambar, General

GAMBAR PERTUNANGAN IRMA HASMIEJika sebelum ini timbul desas-desus yang mengatakan bahawa Irma Hasmie akan mengikat tali pertunangan pada 27 Mac 2012. Namun, desas-desus mengenai tarikh tersebut disangkal oleh Irma Hasmie. Walau bagaimanapun, Irma tidak menafikan akan melangsungkan majlis pertunangan pada bulan ini, Mac.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Mac akan meninggalkan kita, akhirnya terjawab juga bila majlis pertunangan Irma Hasmie itu akan berlangsung. Seperti update yang ditulis oleh Hatta Dolmat pada Facebook’nya, Irma Hasmie akan mengikat tali pertunangan dengan jejaka yang masih tidak diperkenalkan kepada umum pada 24 Mac ini, hari Sabtu.

Sama-sama kita doakan agar majlis yang telah dirancang oleh Irma Hasmie dan bakal tunangnya itu akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Oh ya, Hatta Dolmat merupakan pereka busana yang akan dipakai oleh Irma Hasmie pada majlis pertunangannya itu nanti. Mesti Irma Hasmie nampak sangat cantik di majlis pertunangan tu nanti kan?

Sumber berita & gambar: Facebook Hatta Dolmat

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D