Hazama Cuba Nasib Jadi Pelakon

Friday, June 1, 2012 10:24
Posted in category General

HAZAMA BERLAKON FILEM CINTA ATAS TAR

Setelah enam tahun bergelar penyanyi, juara Akademi Fantasia musim ke-9 iaitu Hazama akhirnya mengambil keputusan untuk mengembangkan bakatnya sebagai pelakon pula. Dilamar menjadi pelakon dalam filem Cinta Atas Tar arahan Ahmad Idham, menjadi medan dia mempertaruhkan bakatnya sebagai pelakon.

Seperti kata Hazama yang kami petik daripada mStar:-

“Dah alang-alang saya berada dalam bidang seni, apa salahnya kalau saya kembangkan bakat dalam lakonan mahupun tarian. Lagipun ia merupakan satu proses pembelajaran sebagai seorang anak seni.

“Dan pada masa sama, saya boleh melihat sejauh manakah kemampuan bakat yang boleh ditonjolkan. Bagaimanapun, tak sangka Idham berani mengambil saya sebagai pelakonnya dalam ‘Cinta Atas Tar’,”

Memandangkan baru pertama kali berlakon untuk sebuah filem, Hazama mengaku yang dia agak gementar berlakon dalam filem arahan Ahmad Idham itu walaupun penggambarannya telah selesai pada Mac lalu. Hazama turut meluahkan rasa risau’nya jika lakonan’nya gagal memikat hati penonton.

“Jujur saya katakan, walaupun menerima tawaran Idham dengan hati terbuka, jauh di sudut hati, saya risau dengan persembahan lakonan yang diberikan, adakah ia mencapai tahap keinginan penonton atau tidak,”

Mengenai perkembangan nyanyian pula, single lagu terbaru Hazama berjudul Majnun yang berkonsepkan balada sudah dimainkan di kebanyakkan radio dan mendapat sambutan yang bagus daripada para pendengar.

Psstt: Nanti nak buat rumah daripada kontainer terpakai jugak la~

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D