Hazama AF4 bakal jadi vokalis utama MUH?

Tuesday, December 15, 2009 13:24
Posted in category General

Meet Uncle HussainPencarian vokalis utama band Meet Uncle Hussain (MUH) bagi mendapatkan pengganti Lan nampaknya masih berjalan sehingga kini kerana MUH masih belum menemui pengganti yang benar-benar layak untuk berada di kerusi yang pernah diduduki oleh Lan itu. Walau bagaimanapun, MUH telah menggunakan pendekatan bijak dimana mereka telah memperkenalkan vokalis sementara di Konsert Hot FM Big Jam yang telah berlangsung di Johor Bharu beberapa hari lepas.

Pada konsert tersebut, vokalis sementara yang dikenali sebagai H itu buat pertama kalinya membuat persembahan bersama MUH di hadapan khalayak ramai. Namun begitu, identiti H masih lagi dirahsiakan dan semasa membuat persembahan tersebut, mukanya sengaja diconteng ala-ala muka anggota MUH membuat persembahan lagu Lagu Untukmu di Anugerah Juara Lagu ke-23 lalu.

Menurut Kimi, Black yang pernah dikaitkan bakal menjadi pengganti Lan tidak dikira sebagai vokalis sementara mereka kerana Black hanya mendendangkan sebuah lagu hasil usahasamanya dengan MUH iaitu Drama King.

Buat sementara waktu ini, Black akan turut serta bersama H dan juga MUH jika mereka ada membuat persembahan. H yang dimaksudkan merupakan salah seorang calon vokalis sementara sebelum mereka menemui vokalis tetap MUH.

Walaupun Kimi enggan mendedahkan siapakah H tersebut, namun ramai di kalangan penggerak industri hiburan tempatan berkata bahawa H yang kini menjadi vokalis sementara MUH itu adalah Hazama AF4.

Kalau betul la H yang dimaksudkan itu adalah Hazama AF4, apa pendapat korang? Bagi kami, OK je sebab suara Hazama pun boleh tahan. Lagipun kalau lama sangat nak dapatkan pengganti, kami takut penggantinya entah ke mana MUH’nya pula entah kemana. Huhu.. Apa-apa pun, kat bawah ni video semasa Hazama menyanyikan lagu Zakiah semasa Konsert Prelude AF4. Dengarkan..

Iklan: Jom layan blog paling hampeh iaitu www.zonbebas.com

Related Posts with Thumbnails


- don't forget to check out our advertisement below -

  • Cara panjangkan zakar, cara besarkan zakar, cara besarkan payu dara cara memanjangkan zakar, cara membesarkan zakar, petua seks

You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Hazama AF4 bakal jadi vokalis utama MUH?”

  1. mawy says:

    December 15th, 2009 at 2:46 pm

    ok ke hazama…??

    [Reply]

    Admin Zon Artis Reply:

    rasanya ok je kot drpd muh terus2an takde vokalis.. yer la, takut makin lama takde pengganti, makin lenyap plak nama muh ni nanti. huhu.. lgpun hazama ada peminat gak :)

    [Reply]

  2. kulanz says:

    December 15th, 2009 at 11:18 pm

    tetap menyokong kejayaan artis-artis tempatan…

    [Reply]

  3. diaien says:

    December 16th, 2009 at 12:20 am

    best ke suara hazama tu?? bagi aku suara lan memang xleh challenge.

    [Reply]

    mawy Reply:

    suara dia best,tapi poyo sgt+byk prob…huhhuhu

    [Reply]

  4. ParlieWalla360 says:

    December 16th, 2009 at 9:03 am

    Tapi kalo nak diikutkan suara Black mentor lagi best kalo dia jadi vokalis untuk MUH ni…

    [Reply]

  5. numlock says:

    December 16th, 2009 at 9:24 am

    aku rasa macam dia tidak boleh bawak je lagu muh , walaupun muh ganti penganti , lan seorang sahaja yang bisa membawa lagu itu .

    [Reply]

  6. joyah says:

    December 16th, 2009 at 10:54 am

    ok la dari xder penyanyi…….mana tau hazama ni serasi leh naikkan lagi muh ni…..bagus la….

    [Reply]

  7. nena says:

    December 16th, 2009 at 4:40 pm

    hazama????hee…..tak seswai botol………botol kicap pon okkkk haha

    [Reply]

    mawy Reply:

    mcm tak sesuai je komen ko nena..

    [Reply]

    nena Reply:

    alamak ye ke..sowii rr hehe.bukan ape.tak best r
    hazama tu.cam suam2 kuku jek

    [Reply]

  8. Lady Gugugaga says:

    December 22nd, 2009 at 1:46 pm

    Xminat sgt sora dia. Tp xtau la kn, cam Tomok dlu suara nyaris2 dodoi kul 3 pagi …tp dh upgrade jd sora ‘jantan’ pas kua oiam..okletu

    [Reply]

  9. sayebdknoob says:

    January 16th, 2010 at 11:10 am

    cube korg search kt Utube..
    Softnote-yang pasti..
    vokalist diorg cam lan

    [Reply]

  10. muhamad fareez says:

    February 25th, 2010 at 11:15 pm

    Lan mcm tak suka dgn kumpulan
    (MUH) sbb tu dia tbh kan band lain lain kali
    klu tak suka ckp terus trg ja kan sng

    [Reply]

Leave a Reply

Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D



[close]