Hafiz AF7 Disaman RM200,000!

Wednesday, August 1, 2012 0:18
Posted in category General, Kontroversi, Panas

HAFIZ AF7

RM200,000 sahaja? Kami rasa jumlah itu sangat kecil bagi Hafiz yang telah memenangi RM500,000 atau lebih sedap disebut Ringgi Malaysia setengah juta daripada program Mania yang masih segar dalam ingatan kami ini. Tu tak masuk lagi hadiah kemenangannya di AJL yang ke-26 lalu. Eh!

Back to topic. Hafiz yang rasanya semua orang tahu merupakan juara Akademi Fantasia musim ke-7 dan popular dengan lagu Awan Nano disaman oleh bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya.

Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000. Nur Haniza memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan “Salih Yaacob Show” di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.

HAFIZ AF7 SAMAN
Nur Haniza. Foto: Bernama

Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak oleh Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara.

Nur Haniza yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya.

Beliau mendakwa tindakan kasar Hafiz itu telah menyebabkannya mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan beliau juga mendakwa Hafiz langsung tidak membantunya.

Nur Haniza menyatakan yang dia telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Hafiz memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Hafiz menafikan ada mencederakannya.

Nur Haniza mendakwa akibat kejadian itu, dia kini masih merasa sakit pada bahagian kaki kanannya akibat kecederaan yang dialami dan dia turut hilang mata pencarian kerana disenaraihitamkan daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro serta terpaksa menanggung malu selepas kejadian itu yang turut disiarkan media.

Oleh itu, Nur Haniza menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah daripada Hafiz.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Hafiz AF7 Disaman RM200,000!”

  1. Myra says:

    August 2nd, 2012 at 2:46 pm

    Kalau diikuti gosip wanita ini dgn ex-gf hafiz sbg lelaki tindakan hafiz mmg wajar kerana kalau mgikut gosip wnita ini dikatakan ada mjalin hub dgn ex-gf hafiz wlpun tlh dinafikan oleh penyanyi wanita itu. Kita tdk boleh menolak ada unsur cemburu di sini namun kita sbg wanita… yg dah dilahirkan sbg wanita yg smpurna …. jd tdk perlu ada hati atau menaruh hati sesama insan sjenis kita. Agama kita msg2 melarang sdemikian. Apa yg saya komen ini bdasarkan apa yg telah dilapor olh bbpa media sblum ini. Kpd hafiz bsabarlah anggap ini dugaan buat awak.

    [Reply]

  2. Saman RM200 Ribu, Hafiz AF7 Enggan Beri Komen | Zon Artis says:

    August 2nd, 2012 at 10:17 pm

    [...] pentas sebuah rancangan hiburan di Astro terhadap Hafiz ini, anda boleh baca post terdahulu DI SINI. Semuanya jelas di situ. [...]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D