
Malang menimpa dramatis serta penyanyi Betty Benafe apabila kereta kesayangannya dilarikan dalam hanya 10 minit! Ikuti laporan yang dipetik dari mStar online, semoga Betty tabah dalam menghadapi dugaan ini. InsyaAllah, mana tahu, lepas ni rezeki Betty untuk pakai BMW atau MERCZ plak…
Kereta Satria GTI berwarna perak Betty Benafe telah dicuri di sebuah hotel lima bintang di Jalan Conlay pada pukul 4 petang tadi dalam masa 10 minit. Cerita Betty, dia menyedari kereta bernombor plat WHX 8179 itu telah lesap setelah kembali untuk mengambil pakaian berjenama oleh pereka dari Arab, alat solek dan beg tangan bagi menjayakan persembahan anjuran Malaysian Palm Oil Board (MPOB) di hotel itu pada malam ini.

“Saya terkejut dan sedih sebab kereta itu saya guna sejak lebih tujuh tahun lalu dan hilang dalam masa 10 minit sahaja. Selepas saya meletakkan kereta di tingkat lima hotel itu, saya ‘check in’ bilik. Apabila saya turun semula untuk mengambil barang ‘show’, kereta saya dah tiada.
“Saya dah kunci kereta itu dan rasa mesti di hotel itu mempunyai sindiket curi kereta dan pencuri kereta itu mesti sangat profesional,” katanya ketika menghubungi mStar Online sebentar tadi. Kata Betty, insiden itu menyebabkan kali pertama dia bekerja ‘sehelai sepinggang’.
Meskipun masih berada dalam keadaan terkejut, Betty berkata dia tetap akan meneruskan persembahannya di hotel itu malam ini. “Saya kena profesional sebab kerja dan tabah untuk meneruskan persembahan ini. Nasib baik ada pereka Carven Ong yang mempunyai butik di hotel itu meminjamkan baju dan kasut kepada saya. Insya-Allah, kejadian ini mesti ada hikmahnya dan Allah akan gantikan dengan kereta lain,” beritahunya dalam nada kesal.
Sementara itu, pembantu peribadinya, Noraizi Ahmad (Gee) berkata dia akan membuat laporan polis mengenai kehilangan kereta berharga RM75,000 itu seusai persembahan itu pada pukul 10.30 malam ini. “Sekarang, saya sedang menguruskan persembahan Betty dan selepas selesai majlis ini baru kami akan pergi buat laporan polis.
“Tadi, pihak keselamatan hotel itu sudah melakukan penyiasatan di sekitar hotel dan selepas itu tiada tindakan yang diambil. Pihak hotel meminta kami untuk membuat laporan polis di luar hotel dalam tempoh 24 jam dari masa kejadian.
“Bagaimanapun, kami sudah memaklumkan kepada polis peronda dengan memberikan nombor plat dan jenis kereta untuk menjalankan operasi mencari kereta itu,” kata Gee yang turut memaklumkan tiada perkhidmatan CCTV yang disediakan di tempat letak kereta di hotel itu.
Dicatat oleh : “sekuk tawar kecik cicoh kopi-O”





azizwan(dot)com says:
November 7th, 2009 at 2:30 am
huhu.. sabo la yer ‘yo soy betty benafe’.. mintak je kat mana2 dato kat malaysia ni, sure dpt punyalah. hahaha..
[Reply]
ROHAIFI AZRI Reply:
November 7th, 2009 at 9:33 am
dapat tu mmg la dapat bro. tapi Datuk tu tentu mintak ‘pengerasnye’… kwang kwang kwang…
[Reply]
wikwiki Reply:
November 7th, 2009 at 12:31 pm
pengerasnya bro ro,ayam golek sekor,kacang hijau,garam,pulut kuning..bla..bla..bla..
[Reply]
ROHAIFI AZRI Reply:
November 7th, 2009 at 12:56 pm
kalau itu pengerasnye xpe ar wikwiki… ini biasenye datuk tu mintak bebukan… faham2 je ar…
wikwiki Reply:
November 7th, 2009 at 3:42 pm
aku tau dia mintak ape..heh heh heh…
shh…
ROHAIFI AZRI Reply:
November 7th, 2009 at 4:35 pm
dia semestinye mintak penyedap…
penyedap tu ape…?
wikwiki Reply:
November 11th, 2009 at 12:23 am
penyedap rasa bro ro..hihihi
ROHAIFI AZRI Reply:
November 11th, 2009 at 8:56 am
rase ape tu wikwiki…?
“rase sayang heyyy… rase sayang, sayang heyyyy!!! Heyyy lihat GTi Betty lesap, rase sayang sayang heyyyy….!!!”
x-po says:
November 7th, 2009 at 5:39 am
hoho xpa, insyaallah nnt dpt la kete bru plak..hehe artis xkn xmampu kot
[Reply]
azizwan(dot)com Reply:
November 7th, 2009 at 7:27 am
haha.. betul3.. klau tak dpt nk beli sendiri, kawen je ngan dato.. gerenti dpt punya.. silap2 boleh dpt ferrari lg. huhu..
[Reply]
wikwiki Reply:
November 7th, 2009 at 7:47 am
tgk dato jugak tu azizwan…hihi
bukan semua yng leh senang2 bagi ferrari..
[Reply]
ROHAIFI AZRI Reply:
November 7th, 2009 at 9:32 am
ntahnye bro azizwan neh, tengok Datuk gak ar, kang ternikah ngan datuk bercucu je, keter kancil EX850 pun blom tentu dapat…
[Reply]
wikwiki Reply:
November 7th, 2009 at 12:26 pm
kalau keta kancil(siap tulis ex850 yea bro ro) tak dapat..
dapat ex5 (cepai) pn jadilah..
kekeke
peace dato’…
ROHAIFI AZRI Reply:
November 7th, 2009 at 12:57 pm
mmg ada kancil EX850 ar wikwiki, satu lagi kancil EZ850
wikwiki Reply:
November 7th, 2009 at 3:41 pm
hihi..yea bro,ex manual errm ez plak easy as abc automatik..yummy..yummy..
mana tau die dapat ngan dato’ or tan sri or toh puan sri (erk!!) dapatlah merasa diamond choppard..perghh..
wikwiki says:
November 7th, 2009 at 7:52 am
hotel kat kl ni tak pasang cctv??pelik..bukan kat kl sepatutnya keselamatan di utamakan ke?
hotel kat mana nih?ada butik carven ong tp kat parking keta takde cctv..
memang ‘port’ lah jawabnya
[Reply]
ROHAIFI AZRI Reply:
November 7th, 2009 at 9:30 am
ntahnye, hotel 5 Bintang tapi xde cctv…
5 Bintang atau 5 Binatang nyer hotel neh
[Reply]
wikwiki Reply:
November 7th, 2009 at 12:30 pm
cemana brother2 tuh dapat rembat keta dalam 10 minit jea?expertise btol..
perghh teringat aku citer Gone In 60 Second..nicholas cage..gile gempak..
[Reply]
ROHAIFI AZRI Reply:
November 7th, 2009 at 4:37 pm
aku rase peminat fanatik dia ar yg rembat keter dia. so, tentu peminat2 tu tengah bersuka-ria ngan “barangan peribadi” yang diorang turut dapat dari dalam keter betty tu…
Adjla Hafizin says:
November 7th, 2009 at 12:10 pm
alolo..so sad.
xpe..bli la kete baru.
xde rezeki la tu.
[Reply]
nena says:
November 7th, 2009 at 10:53 pm
sayangnye…ish ish…cian die
[Reply]
ROHAIFI AZRI Reply:
November 7th, 2009 at 11:21 pm
nena mcm nak cakap “ish ish… padan muke die…” hahahaha…
[Reply]
nena Reply:
November 8th, 2009 at 5:27 pm
bro azri…ish ish….kecian la..bukan pdn muke.hehe
[Reply]
ROHAIFI AZRI Reply:
November 8th, 2009 at 5:47 pm
ho ho… saje je nyakat.
mmg kesian pun bile keter dirembat pencurik… bkn senang nak beli keter, alih2 ada plak malaun yg selambatenuk je gi songlap…