Nota: Ini adalah artikel re-publish. Artikel asal dan kesemua komen yang diberikan sebelum ini telah hilang akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Kami menyusun 10 jari memohon maaf diatas kesilapan tersebut.

Sebelum ni timbul gosip yang Faizal AF4 ni ditangkap basah tetapi Faizal telah membuat kenyataan bahawa gosip tersebut hanyalah gosip semata-mata. Maknanya tak betul la tu.
Namun, belum pun lama gosip tersebut reda, Muncul pula satu lagi gosip yang tidak kurang panas’nya bilamana juara AKademi Fantasia musim ke-4 ni dikatakan sudah berkahwin. Woot!
Faizal dikatakan sudah berkahwin secara senyap dengan seorang gadis yang berasal dari Temerloh pada bulan November lepas dimana majlis pernikahan mereka itu dikatakan hanya dilakukan secara sederhana dan turut dirahsiakan dari pengetahuan peminat apatah lagi pihak media.
Dan dari apa yang kami dengar, gadis yang telahpun menjadi isterinya itu adalah seorang pelakon tambahan filem Momok The Movie yang mana ianya turut dibintangi oleh Faizal.
Hurm.. Apa-apa je lah labu. Tapi kalau gosip ni benar belaka, tiada apa yang dapat kami katakan selain ucapan tahniah sebab dah selamat mendirikan masjid dan semoga berbahagia hendaknya. Tapi yang tak best’nya, awat nak kahwin sorok-sorok plak Faizal?
Psstt: Ada tak readers Zon Artis yang berasal dari Temerloh yang boleh sahkan gosip ni? Saudara-mara terdekat Faizal sendiri ke? Bukan apa, kalau padi katakanlah padi, tidak kami tertampi-tampi. Huhu..







