(Gempar) Scha dan Fahrin sah putus cinta

Sunday, October 4, 2009 22:46
Posted in category General, Gosip

Scha dan Fahrin sudah putus cinta

Sudah beberapa kali kami terdengar khabar angin yang mengatakan bahawa Fahrin Ahmad dan Scha Al-Yahya telah putus cinta, tapi kami pekakkan saja telinga. Maklumlah, dah nama pun khabar angin. So, belum tentu ianya benar kan? Malah kami berpendapat yang ianya sekadar ‘mainan’ untuk menghangatkan pentas sehati berdansa musim ke-3 nanti.

Namun begitu, kami tidak menyangka bahawa cerita Fahrin dan Scha telah putus cinta bukanlah khabar angin semata-mata tetapi ianya adalah benar belaka bilamana Scha sendiri telah mengiakan perkara tersebut. Berikut adalah kenyataan yang keluar sendiri dari mulut Scha apabila diajukan soalan mengenai hubungan’nya dengan Fahrin.

“Berat untuk saya ulas perkara ini kerana banyak hati perlu dijaga. Namun sampai bila perlu mengelak kerana lambat-laun orang akan tahu juga.

“Saya dan Fahrin masih bersama untuk Sehati Berdansa, namun dalam hubungan sebenar tiada apa-apa lagi antara kami. Senang cakap, kami sudah putus.

“Sepanjang proses mengenali hati budi, kami berusaha mencari keserasian. Ada masanya berjalan lancar dan ada ketikanya hubungan kami bergoncang.

“Selepas mendapati hubungan ini tidak boleh diteruskan, kami mengambil keputusan berpisah secara baik,”

“Ada jurang antara kami yang menyebabkan ketidaksefahaman dalam sesuatu perkara, selebihnya saya tidak mahu komen panjang kerana ia terlalu peribadi.

Nampak gayanya, impian Scha untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Fahrin pada 2011 seperti yang pernah kami tuliskan sebelum ini (nak baca? klik di sini) hanya tinggal kenang-kenangan sahaja bilamana ianya terkandas ditengah jalan.

Kepada Scha, jangan sedih-sedih ya, mungkin ada hikmah diatas perpisahan kalian ini. Lagipun’kan, kami percaya mesti ramai jejaka diluar sana yang tersenyum lebar dengan perkhabaran ini. Yer la, kamu kan wanita idaman semalaya. Tak gitu?

Psstt: Adakah Linda Onn akan tergelak sambil guling-guling dengan khabar perpisahan mereka ini? Harapnya tak la yer. Huhu..

Related Posts with Thumbnails


- don't forget to check out our advertisement below -

  • Cara panjangkan zakar, cara besarkan zakar, cara besarkan payu dara cara memanjangkan zakar, cara membesarkan zakar, petua seks

You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “(Gempar) Scha dan Fahrin sah putus cinta”

  1. aloqmalai says:

    October 5th, 2009 at 7:08 am

    sukar utk aku buat pengakuan kat sini,tapi aku buat jugak la yerrr…..

    ’sebenarnya dorg clash sebab aku…scha pilih aku,bukan fahrin’…

    hahahhahaha…..

    ***nak kena mandi bunga sikit kot abg fahrin hensem kita ni?????

    [Reply]

  2. ayuDear says:

    October 5th, 2009 at 9:18 am

    ermmm.. kalo ade jodoh x kemane yer dak.. ciannyer fahrin..

    [Reply]

  3. IMCurtain says:

    October 5th, 2009 at 10:26 am

    Hello all,

    We would like to invite you to promote your blog on our blogosphere. It has similar functions as Innit and Digg. Totally free!

    Join now: Malaysian Blogger

    Malaysia Boleh!

    [Reply]

  4. izza says:

    October 5th, 2009 at 12:30 pm

    sabor ja la
    aku pn tumpang kesian
    sedihnyer

    [Reply]

  5. izza says:

    October 5th, 2009 at 12:33 pm

    ala

    [Reply]

  6. ROHAIFI AZRI says:

    October 5th, 2009 at 2:02 pm

    entah2 sesaje je ni bikin gempak untuk menghangatkan program kendalian diorang SEHATI BERDANSA… ape2pun, jodoh di tanganNYA…

    [Reply]

  7. kamil hafiz says:

    October 21st, 2009 at 12:06 am

    Hi semua ,Sy Kamil Hafiz ingkatan 2 ,sy seronok lh tengok fahrin & scha kawan rapat sekali & bila nk kahwin Scha & Fahrin .sehati berdansa

    [Reply]

    ROHAIFI AZRI Reply:

    ko ni dik biar betul…
    diorang dah xsehati…
    dh berpisah katanye…
    tapi doa2kanlah biar bertaut kembali cinta diorg berdua tu…

    [Reply]

  8. nur bakar says:

    November 8th, 2009 at 9:07 pm

    macam tak percaya aje sudah pisah kalian dua ni. Nampak ok saje semasa sehati berdansa. Kalau keruh boleh berdamai balik. Tak de masalah. Bergaduh antara pasangan yang sedang berkasih biasa. Antara laki bini pun bergaduh juga, tapi tak semestinya tiada kesefahaman malah akan merapatkan lagi talian erat dua insan ini. Fikirfikir lah.. tapi dari pandangan saya, mereka berdua amat serasi dan boleh hidup sebumbung. Sacha dan Fahrin seorang pasangan kekasih yang akan menjadi idola ramai kerana dua-duanya ada ‘perwatakan’ yang amat menarik, jujur dan sangat berbakat. Perjalanan hidup kalian insyallah akan cerah tanpa banyak masalah. Semoga bertemu jodoh akhirnya. amin.

    [Reply]

  9. ddf says:

    November 13th, 2009 at 3:18 am

    aku tahu sebab dieorg putus…

    sebab fahrin xtahan kene terajang ngan scha tahu2lah scha kan ade teakwando..

    hahah

    [Reply]

    sha Reply:

    aku sokong..
    hahahaha

    [Reply]

Leave a Reply

Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D



[close]