(Gambar) Sekitar majlis pertunangan Serina

Thursday, December 31, 2009 18:38
Posted in category Gambar, General

Gambar pertunangan Serina

Dalam sedar tak sedar, hari ini (31. Disember 2009) telah berlangsungnya majlis merisik dan majlis pertunangan anak perempuan kepada Chef popular Malaysia siapa lagi kalau bukan Chef Wan iaitu Serina. Majlis tersebut dilakukan serentak dan telah disempurnakan di The Royale Chulan pada tengah hari tadi.

Dalam majlis merisik yang dikatakan penuh istiadat Melayu itu, Serina dengan sekelip mata saja sudah bergelar tunangan kepada jejaka Irish yang berasal dari London, England, siapa lagi kalau bukan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar.

Pada majlis ini, Serina menerima lima dulang hantaran berupa kek cawan, persalinan sutera Thai, tepak sirih, cincin solitaire jenama Tiffany & Co., set wangian dan membalas Gavin dengan tujuh hantaran iaitu kek, tepak sirih, persalinan songket, set wangian, bunga rampai dan halwa betik.

Kat bawah ni ada beberapa gambar sekitar majlis merisik dan pertunangan tersebut.

Gambar pertunangan Serina

Gambar pertunangan Serina

Gambar pertunangan Serina

Gambar pertunangan Serina

Oh ya, hasil daripada perbincangan kedua-dua belah pihak, akhirnya pihak Serina telah menetapkan wang hantaran sebanyak RM30,000 berserta sebentuk cincin serba satu.

Berita penuh di mStar Online

Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Serina dan Salahudin Ghafar kerana telah selamat bertunang. Semoga ikatan pertunangan ini selamat sampai ke jinjang pelamin.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “(Gambar) Sekitar majlis pertunangan Serina”

  1. tedrichie says:

    January 1st, 2010 at 5:14 am

    perg mmg rugi x dpt serina nih… anak chef no 1 tu… tp gudluck for her n her family… btw, nice blog bro…

    [Reply]

  2. nena says:

    January 1st, 2010 at 12:52 pm

    tahniah serina dn salahudin ghafar

    [Reply]

  3. harun says:

    January 1st, 2010 at 3:59 pm

    dapat kat mat saleh siap la serina ni , depan belakang dia taruh
    , boleh tahan ke serian ,

    [Reply]

    huda Reply:

    xbaik tau ckap cam2,sekurang2nye doakanlah mereka kekal hingga ke akhir hayat….aminnnn…….

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D