Gambar Peluk Anjing, Adira Mohon Maaf

Tuesday, February 7, 2012 18:10
Posted in category General

GAMBAR ADIRA PEGANG ANJING

Ekoran tersebarnya sekeping gambar yang menunjukkan Adira sedang memeluk seekor anjing dan kami ada paparkannya DI SINI, Adira mengakui kesilapannya itu dan tidak menafikan bahawa apa yang dipegangnya itu adalah seekor anjing dan bukannya patung.

Menurut Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, anjing yang dipeluk olehnya dalam gambar itu bukanlah anjing miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah. Seperti kata Adira kepada mStar:-

“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.

“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.

“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,”

GAMBAR ADIRA PEGANG ANJING

Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut.

“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu. Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,”

Adira yang sedang popular dengan lagu Sakura itu menyambung, kesan penyebaran gambar itu mengajarnya agar lebih berhati-hati dan tidak menyimpan gambar yang boleh mencetuskan syak wasangka atau kontroversi pada masa hadapan.

“Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu.

“Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.

“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,”

Psstt: Padah letupkan mercun dalam lubang berpenutup

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Gambar Peluk Anjing, Adira Mohon Maaf”

  1. ain8522 says:

    February 7th, 2012 at 8:44 pm

    knapelah diri ini x boleh trima alasan yg kmu berikn tu adira ooi… x msuk akal lngsung tau.. bukn alsan yg bijk sbagi seorg muslim… umat akhir zaman….

    [Reply]

    honey Reply:

    ye betol…walaupun anjing makhluk Allah..tp Allah dah tetap kan anjing itu halal jika disentuk..artis..mentang2 artis..tolong la jage perlakuan anda..

    [Reply]

    honey Reply:

    *haram…tersilap.

    [Reply]

    zack Reply:

    boleh disentuh jika kedua-duanya kering, dalam masa yang sama boleh terus 
    azan selepas pegang anjing 2, tpi kna samak klau bsah or trkena air liur dia.
    hukum bagi pegang anjing adalah harus kerana tiada dalam al-quran.

  2. Azman says:

    February 8th, 2012 at 12:18 am

    Kalau anjing tu kering dan kita kering tak jadi masalah cuma nampak tak sesuai bagi org beragama islam.

    [Reply]

    Asiah Reply:

    Kalau basah kena samak tp kalau kering pun tetap tak boleh suka suki nak pegang. ;-)

    [Reply]

    ain8522 Reply:

    kureng mnis dipndg mata.. gitu.. kan kan kan… bnyak lgi bntag yg lain..

    [Reply]

  3. Ron says:

    February 8th, 2012 at 9:54 am

    “Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,” ckp xserupa bikin… itu yg dh tersebar…. entah2 ada yg lg pelik dlm hp tu….. sendiri bikin sendiri ingat la….

    [Reply]

  4. pakejniaga says:

    February 15th, 2012 at 6:54 am

    apa la korang ni kecoh sangat macam la diri tu baik sangat…

    [Reply]

  5. thekalamazory says:

    February 15th, 2012 at 5:06 pm

    pegang anjing bukan kena samak…kena sucikan dengan air tanah 1 kali dan air mutlak 6 kali…samak n penyucian adalah lain…sila tengok balik benda ni..ramai yang salah faham…

    [Reply]

  6. azaz says:

    February 17th, 2012 at 9:03 am

    Kan bagus kalau pegang kucing jer :-)

    [Reply]

  7. yakuza says:

    February 17th, 2012 at 3:09 pm

    x yah tunding org sgt…
    bek tgk diri sndiri dlu…
    blum tntu diri 2 perfect!!!

    [Reply]

  8. kakaka says:

    February 23rd, 2012 at 12:16 am

    pegang anjing pn nk kecoh..abes tu yg berlakon pegang2 pelok2 tu sume yang haram,xde lak nak kecoh..ni pegang anjing lg bgus dr belakon pegang2 mase belakon tu… ptuuuihhh!! panglima perang dah marah da ni..

    [Reply]

    zack Reply:

    hahaaha, btol 2, x kata plak haram klu cam 2, dah dpat anak haram bru kecoh

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D