(Gambar) Nash dan Betty Banafe sedang bercinta?

Tuesday, January 5, 2010 17:08
Posted in category Gambar, General, Gosip

Gambar Nash dan Betty Banafe

Dari gambar kat atas ni, jelas sekali Nash dan Betty Banafe dilihat sangat mesra di situ. Adakah ini memberi gambaran kepada kita semua yang mereka sedang bercinta? Kemesraan ini diekspresikan ketika mereka berada di majlis perkahwinan anak saudara pelakon dan juga pelawak Zaibo di Bukit Damansara kelmarin.

Apa yang menariknya, semasa Nash menyampaikan lagu ‘Doa Buat Kekasih’ di majlis tersebut, Betty Banafe dikatakan telah naik ke pentas dan menghadiahkan dua kuntum mawar putih kepada Nash. Oh! So sweet.

Gambar Nash dan Betty Banafe

Apabila diajukan pertanyaan adakah mereka sedang bercinta, Nash mahupun Betty Banafe masih bermain tarik tali untuk mengakui’nya. Namun begitu, mereka tidak pula menafikan ada something special antara mereka.

Gambar Nash bersama Betty Banafe

Anak Nash pula, Syamir Nasha dilihat begitu rapat dengan Betty Banafe dan seakan-akan memberi green light kepada Nash untuk menjadikan Betty Banafe sebagai suri baru menghiasi rumah mereka.

Gambar Nash bersama Betty Banafe

“Tak payah cakap berlapik-lapik. Eloklah tu….kalau dah suka sama suka. Aku anytime boleh jadi MC majlis kau berdua…” kata Zaibo seperti sudah mengetahui hubungan yang terjalin antara Nash dan Betty Banafe.

+ Sumber berita & gambar: mStar Online

Apa-apa pun, kalau betul la Nash dan Betty Banafe sedang bercinta malah ingin pergi lebih jauh daripada itu, it’s ok what. Lagipun masing-masing kan sedang single-mingle. Apa pula pendapatan korang?

Related Posts with Thumbnails

Tempat telak iklan yang sungguh berkesan dan berbaloi
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “(Gambar) Nash dan Betty Banafe sedang bercinta?”

  1. wallpaper says:

    January 5th, 2010 at 6:12 pm

    semoga bahagia..

    [Reply]

  2. nena says:

    January 5th, 2010 at 10:59 pm

    terkeluar jambul….simpan la dlm tudung tuh

    [Reply]

  3. nazghul says:

    January 5th, 2010 at 10:59 pm

    bonggol UNTA kah di sebalik tudung betty itu??

    [Reply]

  4. anak malaysia says:

    March 27th, 2010 at 11:00 pm

    baguihla hangpa..kawin la cepat2

    [Reply]

  5. rina d says:

    June 19th, 2010 at 11:29 pm

    okmla tu kalo dema becinta…doa2kan ler cepat naik pelamin…amiiinnnn

    [Reply]

Leave a Reply

Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D



[close]