(Gambar) Liyana Jasmay Kini Tunangan Orang, Nikah Januari 2013

Thursday, March 29, 2012 0:17
Posted in category Gambar, General

GAMBAR PERTUNANGAN LIYANA JASMAY

Sedar tak sedar, pelakon dan penyanyi yang rasanya semua orang tahu pernah bercinta dengan penyanyi berbakat besar iaitu Aizat, siapa lagi kalau bukan Liyana Jasmay telah pun menjadi tunangan orang. Majlis pertunangan berlangsung pada malam Rabu (28 Mac 2012) di kediaman Liyana Jasmay di Kemensah Height, Kuala Lumpur.

Sedikit info mengenai tunang Liyana Jasmay tu, namanya Fathuddin Mazlan dan kini berusia 28 tahun. Merupakan seorang ahli perniagaan namun tidak tahu pula jenis perniagaan apa yang dijalankan. Pentingkah?

GAMBAR PERTUNANGAN LIYANA JASMAY

Pada majlis pertunangan itu, Liyana Jasmay memberikan tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan. Pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung.

GAMBAR PERTUNANGAN LIYANA JASMAY

Hasil perbincangan kedua-dua belah pihak pada majlis pertunangan yang berlangsung itu, Liyana Jasmay dan Fathuddin akan melangsungkan pernikahan pada awal tahun hadapan iaitu pada 24 Januari 2013.

Psstt: Ada berani nak tengok video kemalangan ni?

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D