(Gambar) Kesan Ciuman Di Pipi, Puteri Sarah Mengaku Cium Ammar

Wednesday, October 3, 2012 22:54
Posted in category Gambar, General, Panas

Gambar Puteri Sarah Cium Ammar

Ekoran tersebarnya satu gambar yang menunjukkan ada kesan ciuman di pipi Ammar Alfian yang rasanya semua orang tahu merupakan buah hati kepada pelakon, Puteri Sarah, ramai yang membuat andaian sendiri mengenai gambar tersebut. Andaian negatif tak payah cakap la, memang banyak.

Bagi mendapatkan penjelasan mengenai gambar tersebut, wartawan Media Hiburan telah menghubungi Puteri Sarah kerana dia pastinya lebih tahu memandangkan dia juga ada pada gambar tersebut. Dan berikut penjelasan daripada Puteri Sarah yang kami petik dari portal Media Hiburan:-

“Saya baru terbaca di laman Twitter tentang hal ini. Kalau nak tahu, saya mencium pipi Amar ketika majlis sedang berlangsung. Ketika itu dia mengusik saya, dan terus saya menciumnya. Kerana saya menggunakan gincu merah, itu yang ada kesan.

“Masa saya cium Amar di belakang saya ada beberapa orang. Saya tidak pasti sama ada mereka perasan atau pun tidak. Bayangkan jika ketika itu Amar datang seorang diri dengan penampilan sedemikian, pasti lain lagi ceritanya.

“Tambahan pula, mustahil untuk kami lakukan sedemikian rupa di luar sebelum hadir ke majlis. Dan benda yang terjadi itu di tempat khalayak, saya tidak tahu apa lagi yang mahu dicerita fasal kami.”

Oh ya, mungkin anda tertanya-tanya bila dan dimana gambar di atas diambil. Dari info yang kami perolehi, ianya diambil semasa Puteri Sarah dan Ammar sedang menyaksikan Pertandingan Akhir Hero Remaja yang berlangsung baru-baru ini. So, no more question and speculation. Everything clear!

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D