
Sedar tak sedar, pengacara popular yang wajahnya dapat kita lihat hampir setiap pagi dalam rancangan Malaysia Hari Ini iaitu Ahmad Fedtri Yahya telah bergelar bapa selepas isterinya, Nurul Anati selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat tiga kilogram pada 30 April lalu.
Nama yang diberi kepada anak sulung Ahmad Fedtri itu cukup unik bagi kami iaitu Indah Sutera Jannah. Menurut Ahmad Fedtri yang berkongsi sendiri berita gembira ini di laman Facebook miliknya, anak sulungnya itu dilahirkan secara normal di Hospital Pusrawi, Kota Damansara.

Zon Artis: Tahniah Ahmad Fedtri Yahya dan isteri diatas kehadiran cahayamata sulung. Semoga dengan kehadirannya, akan mengeratkan lagi ikatan anda sekeluarga dan semakin bertambah kasih sayang.





