
Semalam (12 Feb 2012) telah berlangsung majlis pertunangan Farhan AF4 dengan jejaka yang pernah diperkenalkannya kepada media sebelum ini iaitu Ahmad Rashdan Suhaimi. Kami pernah kongsikan gambar jejaka yang kini sudah menjadi tunang Farhan itu DI SINI.
Sedikit info, majlis pertunangan yang berlangsung sekitar jam 3 petang itu diadakan di Cafe Flora, AmWalk, Kuala Lumpur. Pada majlis tersebut, Farhan menerima lima dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, kek cawan, potpurri, buah-buahan dan wang hantaran permulaan.
Seperti biasa, jika sudah menerima hantaran dari pihak lelaki pasti akan ada balasan dari pihak perempuan. Dengan itu, pihak Farhan membalas tujuh dulang hantaran yang antaranya adalah sirih junjung, buah-buahan, kek, kek cawan, sejadah, coklat dan kitab Al-Quran.


Sedikit info lagi, hasil daripada perbincangan pada majlis pertunangan itu, pihak Farhan dan pihak keluarga Rashdan bersetuju untuk melangsungkan pernikahan mereka pada tahun hadapan. Namun begitu, tarikh bila pernikahan itu akan dilangsungkan masih belum ditetapkan.

Psstt: Jom usya blog ni -> apadehal.com




