Lama kita tak dengar cerita pasal Dr. Fazley yang popular dengan lagu Asmara Ini dan juga Bila April ni kan.. Yer la, beliau kan sibuk dengan kerja memandangkan beliau memegang banyak jawatan yang memerlukan 100% komitmen.
Antara jawatan yang dipegang oleh Dr. Fazley ialah Vice President / Executive Director (Putra World Trade Centre), Executive Director (Putrade International College) dan Managing Director (Seri Anjangsari Production Sdn Bhd).
Baiklah, berikut adalah gambar terbaru beliau bersama isteri tercinta iaitu Azrene Soraya dan anak lelakinya, Ahmad Fariedz.

Harap dengan gambar yang Zon Artis siarkan ini dapatlah mengubat sedikit rindu peminat beliau yang suatu ketika dulu pernah digosipkan bercinta dengan Datuk Siti Nurhaliza. Hehehe.. Semoga Dr. Fazley dan keluarga bahagia selamanya.
P/s: Makin berisi Dr. Fazley sekarang kan?






adol says:
April 20th, 2009 at 6:16 pm
comey anak dia..
[Reply]
Mus says:
April 23rd, 2009 at 7:50 pm
Semoga fazley tak seperti artis yang lain… bertanggungjawab kepada keluarga!!
[Reply]
pojie says:
October 12th, 2010 at 9:37 pm
npe ah pic kecik tu nk smart giler…yg len2 x pon…hehe..
moga bahgia hingga akhir hayat.. n day after
[Reply]
Tok Batin Moden says:
November 6th, 2010 at 10:10 pm
Azrene Soraya ni kalau tak silap, anak Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Datuk Seri Najib) tapi masa suami pertama.
[Reply]
ann says:
November 10th, 2010 at 7:34 am
dr ke?dan kantoi ngan bbc london phd bogus university..hahaha..zonartis cuba selidik..
[Reply]