
Wow! RM1 juta tu. Kalau tambah je lagi sket, dah boleh dapat rumah sebijik macam Mawi. Huhu.. Tapi apakan daya, bayaran yang berjumlah RM1 juta yang sepatutnya (mungkin) diterima oleh pelakon super hot Fazura terlepas begitu sahaja selepas sebuah akhbar tabloid menerbitkan artikel mengenainya yang bertajuk Fazura Rela Dipenjara.
Jika korang nak baca berita lanjut mengenai isu ini, korang kenalah ikuti laporan yang dibawakan oleh Kosmo kat bawah ni. Boleh kan?
KUALA LUMPUR – Pelakon, Nor Fazura Sharifudin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa dia gagal mendapatkan kontrak bernilai lebih RM1 juta ekoran tersiarnya satu artikel dalam sebuah akhbar tabloid yang didakwa memburuk-burukkan dirinya. Nor Fazura, 26, yang lebih dikenali sebagai Fazura, berkata, ketika artikel bertajuk Fazura Rela Dipenjara tersiar pada 29 Mei 2005, dia sedang dalam proses perbincangan dengan syarikat Maybelline, Loreal, Bonia, Clarins, Biotherm, Brands, Celcom dan Hotlink. Pada masa sama, dakwa Fazura, dia turut kehilangan kontrak bernilai lebih RM100,000 yang telah ditandatangani dengan syarikat kosmetik, Olay. Bagaimanapun, Fazura tidak mempunyai sebarang bukti bagi kesemua kontrak dengan lapan syarikat tersebut manakala dengan syarikat Olay, katanya, dia ada menandatangani kontrak tetapi tidak menyimpan dokumennya. Fazura berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes samannya terhadap syarikat Perdana Production House Sdn. Bhd., yang menerbitkan akhbar tabloid Mingguan Warta Perdana, yang dinamakan sebagai defendan pertama dan pemberita Haslinda Hashim sebagai defendan kedua. Artikel itu didakwa berkaitan dengan kesnya yang dituduh menyerang suri rumah Geraldine Mariana Wong. Dalam kes itu, Fazura dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 22 September 2008.
Sabar la yer Fazura, maybe dah bukan rezeki kamu untuk dapat kontrak-kontrak tu. Lagipun takkan ler kamu nak rembat semuanya kan. Larat ke? Bukan apa, takut nanti kamu tak boleh bagi komitmen yang sepatutnya since kamu terpaksa turun naik mahkamah diatas pertuduhan yang kamu telah mencederakan pembantu rumah kamu. Kan tak pasal-pasal timbul masalah lain pulak. Tak gitu?






wikwiki says:
November 10th, 2009 at 8:28 am
fazura!!!
yeah,salah sorang actress i lyke kat mlysia ni but tak pernah umur berjumpa yea..selain dia slalu di litupi ngan kontrobersih..(hah?)
..mane leh bersikap ‘takpelah’ kt paper perdana tu! (paper ke tabloid?) fazura,u have to attack..(komando..attack! keh keh keh)
ape lah wartawan yng tulis artikel tu..tak fikir baik buruk sebelum siarkan..
anda tu wartawan jgn berlagak spt yang diAtas, yng boleh bagi rezeki or bala kat orng..orng leh popular gak tnpa perlu adanya wartawan..
adoi..kesian tgk fazura..kita ni yng kdng2 50inggit pn dah berkira ngan member ini plak rm 1milliar…
[Reply]
joyah Reply:
November 10th, 2009 at 10:38 am
wah wikwiki……begitu meyokong fazura nampak…..musti minat giler kat fazura ni yer…….
[Reply]
wikwiki Reply:
November 10th, 2009 at 11:50 am
hye kak joy..lama menyepi??hehe
minat gak kat fazura nih..kesian kat die..nama die tngah naik ada jea yng cuba jatuhkan..huhu..
[Reply]
joyah Reply:
November 10th, 2009 at 1:06 pm
hehe…cuti sakit la wikwiki…….kesian2 gak…tapi kdg2 dia sendiri yg cari pasal…hidup org urban la katakan…akak pn minat gak dia ni….kdg2 nyampah gak bila artis kita ni barat sgt….dia ni nmpak baik gak
ROHAIFI AZRI Reply:
November 10th, 2009 at 1:12 pm
bro xkenal siapa fazura sebenarnye…
hanya aku yg kenali dia luar dan dalam… hahahahaha…:-D
ROHAIFI AZRI Reply:
November 10th, 2009 at 1:20 pm
bro wikwiki kena lebih menyelidiki siapa Fazura…

aku pun minat gak kat dia, tapi itu dulu… Sekarang TIDAK LAGI…
.
cuba bro buat kajian, why dia blom kawin lagi. Siapa BF terkini dia… tentu ada samtin’ wrong bile org cun cam dia tapi xde sam1 special, dulu ada pun asyik putus-mutus je…
joyah Reply:
November 10th, 2009 at 3:33 pm
betul la….walaupun fazura x byk didedahkan tapi kita blh nampak mcmana kehidupan dia…….diaantara org2 yg urban dan kebaratan
azizwan(dot)com Reply:
November 10th, 2009 at 4:15 pm
nmpaknya mcm tu ler kak joy.. klau tak minat giler, takkan ler wikwiki iye2 nk backup fazura tu kan. hahaha
[Reply]
azizwan(dot)com Reply:
November 10th, 2009 at 4:14 pm
wah.. penuh emosi nmpak bro wikwiki.. mesti die hard fan fazura ni kan? hehe
[Reply]
wikwiki Reply:
November 10th, 2009 at 5:24 pm
wahh..hehe mklum blas yng mnarik dri anda semua..
terima kasih di ucpkn..yg xterhingga..i lyke!
sokong mcmmane skali pn aku kena berpijak dibumi nyata..aku xkndpt tackle artis..walaupn aku mmpu..hihihi
saudara2ku..kata kuncinya disini adlh kenapa sikap orng kita(wartawan..segelintir!) suka menutup rezeki@peluang artis kita dngan menyiarkan berita sebegini?orng tu ada rupa dn bakat..apa salahnya..
contohnya lah: bro ro baru memenangi rncngan jejaka melayu terakhir..punya bakat lakonan yng hebat,pakej yng lengkap kacak bergaya maseh terpacak..!tetapi krana gaya hidupnya yng kurang enak di mata hati kita,terus kita melabel dia jahat,secara tak lnsung menutup terus bakat yng bro ro terpendam n rezeki die skali..sedangkan sahabat-sahabatku,hati manusia mampu direset@di perbetulkan untuk pulang ke pangkal jalan..sedngkan batu akhirnya lekuk akibat air yng menitik,inikan pula hati manusia..
peace all…
we have only 1mlysia,1fazura,1Yang Maha Agung n 1life…
live it!!
[Reply]
wikwiki Reply:
November 10th, 2009 at 5:26 pm
aiseyh..terlupa..aku minat fazura biasa2 jea..
cuma jgn lupa kata kuncinya diatas…
hehe..
x-po says:
November 10th, 2009 at 8:33 am
hoho kalau aku yg amik alih tpt fazura tu, yg olay la, yg loreal tu, yg tu yg ni, ok ke x? hehe
[Reply]
joyah Reply:
November 10th, 2009 at 10:35 am
boleh ker x-po nak posing maut nyer….:D
[Reply]
wikwiki Reply:
November 10th, 2009 at 11:51 am
boleh x-po..takde hal nya..tp tak tahu leh dpt 1milliar ke tak..hehehe
[Reply]
ROHAIFI AZRI Reply:
November 10th, 2009 at 1:13 pm
1miliar rupiah atau rupee…? kui kui kui…
jgn marah x-po…
azizwan(dot)com Reply:
November 10th, 2009 at 4:18 pm
takpe, kita bg dia peluang. hahaha
[Reply]
azizwan(dot)com Reply:
November 10th, 2009 at 4:18 pm
hahaha.. ko buat aku gelak la bro.. nasib baik tak smpai fasa guling2.. cuba bg photo sat, kita buat poll kat ZA nengok layak tak ko ganti tempat fazura. hahaha..
[Reply]
wikwiki Reply:
November 10th, 2009 at 5:27 pm
betol gak tu azizwan..mana tau xpo berbakat..nanti jgn kata olay,l’oreal pnggil..calvin klein pn pnggil..haha
[Reply]
ParlieWalla360 says:
November 10th, 2009 at 9:35 am
Wow banyak tu…kalau la bleh dapat balik nilai tu….mesti kaya la fazura tu…
[Reply]
ROHAIFI AZRI Reply:
November 10th, 2009 at 1:13 pm
boleh dapat ke…?
[Reply]
azizwan(dot)com Reply:
November 10th, 2009 at 4:19 pm
kata org, sekelip mata je jd JUTAWAN..
[Reply]
wikwiki Reply:
November 10th, 2009 at 5:28 pm
dah terlepas da itu semua..
[Reply]
joyah Reply:
November 11th, 2009 at 9:46 am
DAN ORG KATA JUGAK…sekelip mata jer blh jadi miskin…..hidup bagai roda….paham2 jer la…
[Reply]
ROHAIFI AZRI says:
November 10th, 2009 at 1:17 pm
“Bagaimanapun, Fazura tidak mempunyai sebarang bukti bagi kesemua kontrak dengan lapan syarikat tersebut manakala dengan syarikat Olay, katanya, dia ada menandatangani kontrak tetapi tidak menyimpan dokumennya.”
.
itulah masalah orang kita. selalu sangat dokumen2 penting xdisimpan di tempat yang sepatutnye. Kalau xde ‘hitam-putih’ bukan senang nak saman2 orang… adusss…
.
Ape2pun segala permasalahan ni berkait dan bertitik tolak dari sikap Fazura gak. Kalo xbuat hal, xkan ar org nak tulis benda tak elok tentang dia. Kalau perangai elok, kan ke senang hidupmu itu wahai Fazura… Sah2 kalo xde masalah dan perangai dijaga, maka kontrak2 sebagai duta pelbagai produk tu tak terlepas dalam genggaman.
[Reply]
joyah Reply:
November 10th, 2009 at 3:44 pm
nila org kata rezeki dah lari…….dah buat hal org pn x nak…….
[Reply]