
Membaca kenyataan Fasha Sandha di Utasan Malaysia, nyata dia begitu kecewa dan sedih apabila berita gembira mengenai kehamilannya yang diwar-warkan sendiri olehnya kepada umum menerusi Facebook dan mendapat liputan meluas pula daripada media dipertikai oleh ramai pihak.
Malah ramai yang membuat spekulasi negatif mengenai kehamilan Fasha itu yang kami rasa anda sendiri tahu apa yang ingin kami nyatakan (tak sampai hati nak tulis) dan ada pihak yang mendakwa bahawa Fasha dan Jejai sudah berkahwin (lebih tepat bernikah) di luar negara sebelum ini.
Seperti kata Fasha Sandha:-
“Tak mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu. Habis tetamu yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami suka-suka nak berlakon begitu?”
“Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan.”
“Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu,”
Zon Artis: Sabar je lah Fasha. Kami pasti bahawa mereka yang mempertikaikan kehamilan you tu adalah mereka yang tidak suka akan you dan bagi kami, itu normal. Apa yang penting, you jaga diri dan kesihatan. Dan nak bagi tahu, suka la tengok you dalam Seindah Sakura. Comel






Gaban says:
May 22nd, 2012 at 3:36 pm
tau banyak org benci tp nak jugak over acting pasal pregnancy, nasib la kalau org mengata…lain kali diam je tak yah nak bgtau 1 dunia, kan sekarang diri sendiri terasa..hukhuk…
[Reply]