Faizal Tahir hidap DVT, terpaksa telan Pradaxa RM13 tiap hari

Sunday, January 31, 2010 21:33
Posted in category General

Gambar lucah Faizal Tahir

Agak sedih juga bila mendapat tahu yang Faizal Tahir kini disahkan menghidap penyakit Deep Vein Thrombosis atau DVT yang mana penyakit ini dipercayai boleh membawa maut. Disebabkan penyakit ini, Faizal Tahir tidak boleh bergerak terlalu banyak malah Faizal juga terpaksa menelan ubat tahan sakit Pradaxa yang bernilai RM13 pada setiap hari.

“Setiap hari, saya terpaksa telan pil Pradaxa bernilai RM13 sebiji. Saya juga adalah orang yang terawal menggunakan ubat ini,”

Jadi sama-samalah kita doakan agar Faizal Tahir segera pulih daripada penyakit yang sedang dialami’nya sekaligus menjimatkan kos perubatan beliau.

Info: Apa itu penyakit Deep Vein Thrombosis atau DVT?

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Mengapa DVT terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, iaitu sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom

Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Langkah pencegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah. Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung

2. Perbanyakkan gerakan terutamanya di bahagian kaki

3. Elakkan meminum ais

4. Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk

5. Sentiasa meminum air panas

6. Amalkan bersenam

Rawatan

Bisanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru. Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).

Sumber info: http://zulkiplyharun.com

Related Posts with Thumbnails

Tempat telak iklan yang sungguh berkesan dan berbaloi
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Faizal Tahir hidap DVT, terpaksa telan Pradaxa RM13 tiap hari”

  1. rentan says:

    January 31st, 2010 at 9:43 pm

    thanks 4 the info

    [Reply]

  2. Si Naga says:

    January 31st, 2010 at 10:05 pm

    kesian beliau..
    suara dah sedap..
    tetiba jadi macam ni plak..
    hurm..

    [Reply]

  3. nena says:

    January 31st, 2010 at 10:16 pm

    smga faizal tahir cepat sembuh,insyallah

    [Reply]

  4. gaga says:

    February 1st, 2010 at 12:21 pm

    kesian FT. tak pe la mungkin dugaan Allah s.w.t. ada hikmah di sebaliknya. thanks zon artis utk info ni (walaupun tak paham jugak :P ).

    [Reply]

  5. wikwiki says:

    February 4th, 2010 at 7:50 pm

    faizal tahir dress up gempak!!
    sore memang mantap..

    doakan semoga faizal tahir cepat sembuh..4 admin..thanks for da info..

    [Reply]

  6. mischka says:

    February 5th, 2010 at 8:18 am

    Kepada yang x faham lagi tentang DVT ni, pendek cerita macam ni lah:
    .
    DVT ni terjadi bila ada darah beku di kaki/betis. Benda ni boleh jadi maut bila darah beku tu pergi ke peparu and tersekat kat situ sebab semua darah akan pusing2 satu badan : dari peparu ke jantung kiri ke seluruh badan ke jantung kanan ke peparu semula and ke jantung kiri balik. Sambung pusing~
    .
    Begitulah cerita. 

    [Reply]

  7. mia says:

    February 13th, 2010 at 3:16 pm

    kesian FT…xpe penyakit tu penghapus dosa…sabar ye…minat dgr lagu faizal..dunia seni malaysia jd xbest kalu ilang org yg berbakat mcm FT ni

    [Reply]

Leave a Reply

Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D



[close]