Faizal Tahir Akan Mengadakan Konsert Solo

Friday, June 1, 2012 11:21
Posted in category General

FAIZAL TAHIR

GOOD NEWS! Pada 1 Julai ini, Faizal Tahir akan kembali menghiburkan para peminat yang sudah merindui kelantangan suaranya menerusi konsert penuh solo pertama. Ianya akan berlangsung di KL Live.

Konsert yang dijadualkan berlangsung selama satu jam itu dikhabarkan lebih menumpukan kepada kreativiti dalam susunan muzik berbanding aspek visual dan gimik persembahan. Seperti kata Faizal Tahir:-

“Saya ingin memberikan muzik yang bagus kepada peminat. Saya percaya gimik persembahan lebih sesuai untuk program TV”

Dianjurkan oleh syarikat Zackkoolg dengan kerjasama The 8 Unit, Faizal menganggap konsert kali ini sebagai kayu pengukur dalam kerjayanya dimana dianggarkan seramai 2,000 orang akan hadir.

“Saya masih baru dalam industri hiburan dan konsert ini diadakan untuk menilai pencapaian saya dalam industri ini”

“Akhir-akhir ini, ramai artis antarabangsa yang datang ke Malaysia. Jujur, saya risau konsert ini tidak mendapat sambutan selain kebarangkalian berlakunya masalah teknikal dan sebagainya. Tapi saya akan tetap memberikan yang terbaik”

Sedikit info, konsert ini diadakan seiring dengan perlancaran album ketiga Faizal dan pada konsert itu nanti, Faizal akan menyanyikan 10 buah lagu termasuk lagu-lagu popularnya dan juga ‘cover songs’ dengan cara tersendiri.

Zon Artis: See you there~

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D