Fahrin dan Scha akan kahwin pada tahun 2011

Saturday, September 5, 2009 8:21
Posted in category General, Gosip, Panas

Fahrin Ahmad dan Scha

Kami percaya yang anda sememangnya sudah mengetahui bahawa Scha Al-Yahya (Scha) dan juga Fahrin Ahmad (Fahrin) sedang hangat bercinta. Malah Scha sendiri telah menyatakan yang dia sememangnya mempunyai hubungan cinta dengan Fahrin sejak 10 bulan yang lalu.

Namun begitu, apabila berbicara soal rumah tangga, Scha menyifatkan yang perjalanan cinta’nya dengan Fahrin masih lagi jauh untuk disudahi di jinjang pelamin.

“Mungkin dalam masa 2 tahun lagi. Maklum sajalah, dari segi mental dan fizikal nampaknya saya masih belum bersedia untuk berumah tangga. Lebih-lebih lagi dari sudut kewangan, rasanya belum tiba masanya lagi,”

Menurut Scha juga, walaupun sudah 10 bulan dia dan Fahrin mempunyai hubungan cinta, namun mereka berdua masih belum pernah membincangkan soal perkahwinan kerana menganggapnya terlalu peribadi.

“Secara jujurnya dia tak pernah tanya soal kahwin, begitu juga saya. Malah saya tak pernah menafikan perhubungan ini dan tidak juga berkata ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam beberapa perkara kerana saya memilih untuk lebih bersikap neutral.

“Daripada apa yang saya tahu, Fahrin masih mencari kestabilan dalam segenap segi,”

Fahrin dan Scha
Dan secara ekslusif, Scha juga menyifatkan yang Fahrin adalah lelaki yang paling sesuai dengan’nya. Tak percaya? Cuba baca apa yang kami quote kat bawah ni.

“Memang Fahrin adalah lelaki terbaik buat saya. Sebagai seorang lelaki, dia amat bertanggungjawab dan sebagai teman dia memang seorang yang setia dan boleh dipercayai. Ciri-ciri sebegini yang membuatkan saya suka kepadanya, walaupun pada awalnya saya pernah terikat kepada prinsip tidak mahu bercinta dengan rakan artis. Tapi sekarang apa yang terjadi pula sebaliknya,”

Fuh, gerenti kembang-kempis hidung Fahrin kalau baca statement Scha ni. Huhu.. Apa-apa pun, tak kisah ler bila kalian akan berumah tangga asalkan jangan dah kahwin lepas tu bercerai sudah.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Fahrin dan Scha akan kahwin pada tahun 2011”

  1. lolyblurbs says:

    September 5th, 2009 at 2:09 pm

    HOHO..OK LA TU KALO NNT KAWIN

    [Reply]

  2. d|n says:

    September 6th, 2009 at 2:02 am

    harap2 dy kawin la..
    jgn putus ag..
    kwn punye la lame..huhu

    [Reply]

  3. kreemix says:

    September 6th, 2009 at 7:12 pm

    jangan tunggu lama-lama nanti orang lain sapu baru tau……hati manusia boleh berubah,harini cakap lain esok cakap lain pulak

    [Reply]

  4. cherry says:

    September 7th, 2009 at 11:17 am

    kisah diorang terlalu digembar-gemburkan… berisiko tinggi nie…

    [Reply]

  5. Scha dan Fahrin sah putus cinta | Zon Artis | Gosip Hangat Artis, Cerita Terkini Selebriti & Berita Hiburan says:

    October 4th, 2009 at 10:47 pm

    [...] zaman bujangnya bersama Fahrin pada 2011 seperti yang pernah kami tuliskan sebelum ini (nak baca? klik di sini) hanya tinggal kenang-kenangan sahaja bilamana ianya terkandas ditengah [...]

  6. noor shafiqa says:

    October 9th, 2009 at 11:00 am

    hope u all akan bek smle..bine sebuah mahligai bahagia n dpt nak comel..u all psngn yang cocok

    [Reply]

    nursia Reply:

    saya lagi suka kalau scha dengan awal..bagai pinang di belah 2…

    [Reply]

  7. nena says:

    December 27th, 2009 at 11:15 am

    kalau aku dpt si fahrin ni…aku timang2 smpai cucur atap….aduhaiii…..fahrinku syg

    [Reply]

    nursia Reply:

    x best sebab..Linda Onn kata dia panas baran..dan pernah tampar Linda Onn..

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D