Ernie juara Bintang RTM 2009

Monday, June 29, 2009 8:52
Posted in category General

Ernie

Pertandingan akhir Bintang RTM edisi 2009 yang berlangsung di Stadium Negara semalam telah menobatkan Ernie, pelajar Sekolah Menengah (P) Methodist Kuala Lumpur sebagai Juara mengikut jejak langkah Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Azharina Azhar dan Izwan Pilus sekaligus melakar sejarah sebagai peserta termuda yang menjuarai Bintang RTM.

Pada pertandingan akhir ini, Ernie membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Cahaya (Kris Dayanti) dan Kau Yang Istimewa (Aisyah). Sebagai juara, Ernie menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM20,000, trofi dan sijil berserta beberapa hadiah lain sumbangan Samsung dan juga Luxor.

Anna

Jo-Anna Sue Henly Rampas (Anna) pula hanya mampu berpuas hati berada ditempat ke-2 walaupun sedari awal lagi Anna diramalkan akan menjurai Bintang RTM musim ini selepas mempersembahkan lagu yang dipopularkan oleh Faizal Tahir iaitu Bencinta dan Because of You nyanyian asal Celine Dion.

Sebagai naib juara BRTM 2009, Anna membawa pulang wang tunai RM15,000, trofi dan sijil berserta beberapa hadiah lain sumbangan Samsung dan Luxor.

Walaupun hanya berada ditempat ke-2, Anna lebih bernasib baik berbanding Ernie kerana Anna juga menggondol anugerah Persembahan Terbaik dan juga memenangi anugerah Bintang Paling Popular berdasarkan undian SMS. Untuk kedua-dua anugerah ini, Anna menerima hadiah masing-masing RM5,000 beserta beberapa hadiah sumbangan Samsung dan Luxor.

Fatin

Sementara itu, tempat ketiga pula dimenangi oleh Fatin yang mengalunkan lagu nyanyian Jaclyn Victor iaitu Wajah selain dua lagu yang disampaikan secara medley, Mencintaimu dan Asmara. Sebagai pemenang tempat ketiga, Fatin meraih wang tunai RM10,000, trofi dan sijil berserta beberapa hadiah sumbangan Samsung dan Luxor.

Finalis lain yang membawakan lagu masing-masing iaitu Ikbal (Laguku Untukmu dan Kata), Aina (Hanya Satu dan Destinasi Cinta), Zilla (Bertamu di Kalbu dan Saving All My Love For You), Nizam (Sampai Syurga dan Malam Minggu Yang Mesra) dan Adli (Sempurna serta This Love dan I Hate Myself For Loving You) pula membawa pulang wang tunai RM1,000, trofi dan sijil berserta satu kamera digital ES55 sumbangan Samsung sebagai hadiah saguhati.

Finalis Bintang RTM 2009

Zon Artis: Tahniah kepada semua pemenang.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Ernie juara Bintang RTM 2009”

  1. Mr.Bintang says:

    June 29th, 2009 at 1:13 pm

    huhu.. tempat ke2 dpt 25k tuu… hehehe.. jgn lupe hulur yer… lalalala..

    [Reply]

  2. zai says:

    June 29th, 2009 at 3:00 pm

    tempat ke2 pn da lbih tnggi nilai hadiahnye dr juare..ish2
    papepn thniah tuk sume finalis..

    [Reply]

  3. ilhamputra says:

    June 29th, 2009 at 6:53 pm

    wah.banyak tu menang.dah jadi popular tu.

    [Reply]

  4. azizan4444 says:

    June 30th, 2009 at 8:28 pm

    tak sia2 aku sokong ko…tahniah2…ble nk bnje aku kfc ni.haaa

    [Reply]

  5. kisahsensasi says:

    July 1st, 2009 at 12:54 am

    alamak…. tak layan la pulak bintang rtm nie…..

    [Reply]

  6. paan says:

    July 1st, 2009 at 7:13 pm

    agaknya apalah nasib mereka lepas nie ?? dah lama xdengan khabar dari bintang rtm..maybe sebab aku kurang peka dengan perkembangan dunia muzik..apa2 pun tahniah pada ernie kalo dia terbaca komen nie.haha

    [Reply]

  7. eddy says:

    July 1st, 2009 at 9:08 pm

    tahniah atas kejayaan anda,semoga bakat anda tak sampai disini sahaja ok!kalau menjadi artis nanti jangan lupa banyakkan bersedekah..k lah apa-apa pun good luck

    [Reply]

  8. tim says:

    July 3rd, 2009 at 11:58 pm

    ernie the best…..

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D