
Tidak kira di laman forum mahupun blog, gosip mengenai hal rumah tangga Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran seakan tidak dapat disembunyikan lagi. Malah banyak spekulasi yang bertiup kencang seakan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Ekoran daripada itu, Erra Fazira akhirnya tampil memberikan keterangan yang sebenar. Berikut ialah kenyataan dari Erra Fazira:-
“Saya tahu orang luar suka bercakap soal rumah tangga saya, macam-macam versi cerita yang saya dengar tapi hakikatnya, suami masih di depan mata saya. Emran masih suami saya dan bapa kepada Aleesya. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana? Biarlah mereka bercakap selagi boleh… ”
“Jika menafikan, ada pula cakap saya cuba berselindung atau `cover line’. Nak `cover line’ apa, jika tidak benar! Saya tidak suka membebankan fikiran, soalnya orang luar lebih mengetahui soal isi rumah tangga saya. Bagi saya, suami dan anak menjadi keutamaan, kerjaya pula sudah jatuh nombor dua selepas saya berkahwin”
Psstt: Jom terjah www.apadehal.com




