
Dengan hanya sekali lafaz, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali, 30, sekitar jam 10.30 malam tadi dalam majlis pernikahan yang diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang.
Ella dan Azhar dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Teluk Gadong iaitu Baharudin Abu Bakar dengan berwalikan abang sulung Ella iaitu Mohd Nor Izam Aminuddin.
Seperti yang sudah dikhabarkan, nyata Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300 tunai beserta tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki. Sebagai balasan, Ella menghadiahkan Azhar dengan sembilan dulang hantaran.

Untuk info, Ella dan Azhar akan diraikan dalam satu majlis resepsi yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember hadapan.
Zon Artis: Kepada Ella, selamat pengantin baru dan tahniah kami ucapkan. Semoga mahligai yang dibina ini akan berkekalan dan berbahagia buat selama-lamanya. InsyaAllah.






ida rohani gani says:
July 8th, 2012 at 9:17 am
tahniah utk ella & azhar… semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa dan cepat dapat cahaya mata….
[Reply]
(Gambar) Sekitar Majlis Resepsi Ella & Azhar | Zon Artis says:
December 2nd, 2012 at 10:11 pm
[...] telah selamat diijabkabul pada 7 Julai lalu dan kami ada menulis mengenainya. Boleh lihat semula artikel ini. Semalam pula, berlangsung majlis resepsi mereka yang diadakan Pusat Konvensyen Antarabangsa [...]