Ella Bakal Tamatkan Zaman Solo, Nikah Juruterbang 7 Julai Ini

Thursday, June 28, 2012 18:27
Posted in category General

Setelah sekian lama hidup bersendirian, ratu rock negara siapa lagi kalau bukan Ella disahkan akan menamatkan zaman solo’nya pada 7 Julai ini. Menurut ahli keluarga Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin yang kini berusia 46 tahun, Ella bakal menjadi isteri kepada seorang jejaka yang berasal dari Muar, Johor. Namanya, masih dirahsiakan.

GAMBAR PERNIKAHAN ELLA

Difahamkan, jejaka yang bakal menjadi suami Ella tu bertugas sebagai juruterbang dan mereka bakal dinikahkan di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor.

Sebelum menerima khabar gembira ini, Ella telah dikesan menghadiri kursus perkahwinan pada 3 hingga 4 Mac lalu. Dari sinilah munculnya spekulasi Ella bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini. Walau bagaimanapun, pada ketika itu, Ella enggan mengulas lanjut mengenai hal berkenaan dan lebih banyak mendiamkan diri.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D