Didie Alias Tubuhkan Kelab Peminat

Friday, May 4, 2012 15:02
Posted in category General

DIDIE ALIAS FANCLUB

Setelah 22 tahun mengabdikan diri dalam industri seni, pelakon dan pelawak popular, Didie Alias akhirnya mengambil keputusan untuk menubuhkan kelab peminatnya sendiri yang diberi nama Lady Didie’s Fanclub. Kelab peminat tersebut akan menjadi medium menyampaikan maklumat agar peminat-peminatnya mudah untuk mengetahui aktiviti yang dilakukannya.

Seperti kata Didie Alias:-

“Sebagai menghargai peminat-peminat, saya berhasrat ingin menubuhkan kelab peminat, Lady Didie’s Fanclub supaya peminat-peminat saya mudah untuk mengetahui aktiviti yang saya lakukan,”

Didie Alias yang juga pemenang Pelakon Komedi Popular ABPBH 2011 turut menjelaskan yang dia telah mengambil 50 orang untuk menjadi kumpulan pertama ahli Lady Didie’s Fanclub. Untunglah 50 orang pertama yang terpilih tu.

Zon Artis: Tahniah Didie Alias diatas penubuhan kelab peminat yang diberi nama Lady Didie’s Fanclub itu dan ianya bagus untuk anda. Semoga ianya mendapat sambutan yang luar biasa. Oh ya, kalau team kami nak sertai boleh? Hee~

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D