
Nampaknya syarikat dari luar negara semakin berminat dengan bakat artis Malaysia. Jika sebelum ini kami ada melaporkan yang Yuna bakal jadi artis rakaman sebuah syarikat dari Amerika, kali ini Diana Danielle pula menerima nasib yang sama apabila dia turut menerima tawaran dari syarikat antarabangsa yang juga dari Amerika Syarikat.
Namun sama ada syarikat tersebut sama dengan syarikat yang menawarkan kontrak kepada Yuna, tak pula kitorang pasti sebab Diana sendiri enggan memaklumkan nama syarikat yang dimaksudkan itu atas alasan terlalu awal kerana masih dalam proses perbincangan.
“Memang benar ada sebuah syarikat rakaman dari Amerika melamar saya untuk jadi artis rakaman mereka.
“Kini, pihak pengurusan saya sedang berbincang lebih lanjut tentang syarat-syarat kontrak tersebut,”
Ditanya sama ada Diana akan menerima tawaran tersebut, tanpa berselindung Diana mengakui yang dia akan menerima peluang berharga itu seandainya kedua-dua belah pihak mendapat faedah dan menyenangi syarat-syarat yang dibincangkan.
“Tentulah saya akan terima tawaran itu jika syarat-syaratnya yang sedang kami bincangkan ini memberi faedah dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
“Peluang begini bukan datang selalu. Malah, ini adalah platform terbaik untuk saya kembangkan karier nyanyian di pentas antarabangsa,”
So, kitorang kat Zon Artis ni hanya mampu memberi ucapan tahniah diatas tawaran tersebut. Semoga dengan tawaran ni karier seni Diana akan terus berkembang dengan jayanya. Itupun kalau confirm’lah jadi artis rakaman syarikat tersebut.






nena says:
January 21st, 2010 at 12:17 pm
sykt antrabgsa tu ambik sebab bakat nyanyian diana danielle ataupun bakat lakonan die?lakonan lg best kot dr nyanyian die
[Reply]
xcopzs says:
January 21st, 2010 at 2:32 pm
dia nyanyi tak de la best mana
tp klu lakonan lebih myerlah
ni hanya pendapat aku
maaf la fan2 DD
[Reply]
ROHAIFI AZRI says:
January 22nd, 2010 at 3:16 pm
rupe je cun…
bakat sama ada dalam
bidang lakonan atau nyanyian,
belum betul2 terbukti…
.
ape2pun, bleh terus berusaha
mengasah bakat…
lagipun Diana neh masih muda lagi…
.
peluang untuk dia ‘pergi jauh’
dalam dunia seni masih terbuka luas…
[Reply]
GadisAyu says:
January 24th, 2010 at 10:59 am
tahniah DD.semoga lebih maju
[Reply]
qis says:
January 26th, 2010 at 9:11 am
iye ke atau saje2 bt stment laku ke prmpn 2???? lakonan&nyanyian tak best pun aku tak minat la prmpn 2 bab mtrealistik,tak cantik mn pun gg bawah dier ke depan klu tak caye cuba tgk btul2 hahahaha mluat aku ckp tak serupa bikin
[Reply]
LURVER says:
January 27th, 2010 at 6:33 pm
aku sma umr dgn diana 2….aku minat dier…sma gak plkn thn dier…
[Reply]
thumbelina says:
April 13th, 2011 at 2:26 pm
yelah tu…jgn kt sane nnt kene mtk habuan body dulu br dpt sign…hahah
[Reply]