
Kalau tak silap kami, pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Datuk Siti Nurhaliza ada mengeluarkan kenyataan yang dia ingin mengundurkan diri dari ABPBH dengan alasan ingin memberi laluan kepada artis baru. Namun hasratnya itu ditolak oleh pihak penganjur kerana setiap artis yang tersenarai dan tercalon dalam ABPBH adalah hasil undian para peminat.
Walau bagaimanapun, dalam sidang media ABPBH2010 yang telah berlangsung di Hotel Villa, Subang pada Rabu lalu (24 Nov), Siti Nurhaliza telah mengesahkan bahawa dia sememangnya akan tetap berpegang kepada keputusannya untuk mengundurkan diri daripada menyertai pertandingan yang berasaskan populariti hasil undian daripada pembaca setia akhbar Berita Harian tersebut.
Berikut kenyataan daripada Datuk Siti Nurhaliza berhubung pengundurannya:
“Bukan mudah bagi Siti untuk ambil keputusan ini. Tapi, Siti dah pun fikir masak-masak dan Siti pun sudah dapat restu daripada ramai pihak terutama sekali dari kalangan peminat Siti yang selama ini telah banyak menyokong kerjaya seni Siti.
“Alhamdulillah, mereka nampaknya faham apa yang Siti buat ni. Jadi, keputusan Siti untuk mengundurkan diri daripada menyertai ABPBH adalah muktamad. Kebetulan pada tahun ini pula nama Siti tidak dicalonkan kerana tiada sebarang produk. Jadi, ia memudahkan lagi hasrat Siti untuk berundur.
“Siti juga tidak menyesal dengan keputusan yang Siti buat ini. Sebab, Siti rasa, dah banyak pencapaian yang Siti terima daripada ABPBH. Sudah sampai masanya pula untuk Siti jadi pemerhati serta penyokong,” – via murai.com.my
Nampak gayanya, kuranglah seri ABPBH sebab Tok Ti sudah takde dan ini juga bermakna, laluan artis-artis baru untuk mendapatkan anugerah ‘Bintang Paling Popular’ semakin mudah. Sebagai peminat Tok Ti, kami juga sedih dengan pengunduran beliau ini tapi kami tetap hormati keputusan beliau.
PSSTT: Jom singgah kat BLOG SENGAL GILER NI






H.P.B Blog says:
November 26th, 2010 at 1:41 am
adess
tarik diri ker?
haih…….
tak meriah la camnih
[Reply]
simple says:
November 27th, 2010 at 7:52 am
bgusla macik ct tu undur diri
[Reply]
lady pink says:
November 28th, 2010 at 3:55 pm
ok la klu da itu keputusan ct, apa2 pun kita kena hargai keputusan seseorg itu… mgkin dgn cara ini artis2 yg len ble d beri peluang menonjolkn lg bakat2 yg terpendam myB sebelum ni mereka tergugat dgn pencapaian dato ct norhaliza
[Reply]
nang says:
April 5th, 2011 at 1:38 pm
xbest la kalo dato siti trik dri..spptnye dato siti yg dpt bintang pling popular,bknnye org len
[Reply]