Dapatkan pakej percutian dengan berbelanja di Alamanda

Wednesday, December 9, 2009 5:47
Posted in category General

Wow! Kepada semua pembaca Zon Artis, tahukah anda bahawa Alamanda, sebuah pusat membeli-belah yang terletak di Precint 1 Putrajaya, kini sedang bermurah hati memberikan ganjaran hebat kepada anda yang gemar membeli-belah?

Ya! Dengan hanya berbelanja minimum RM800 di Alamanda mulai sekarang sehingga 27 Disember ini, anda dengan serta-merta layak menikmati percutian hebat di Bali atau Phuket untuk 5 hari 4 malam dan juga 3 hari 2 malam untuk destinasi tempatan (Kuantan / Langkawi / Pulau Pinang / Port Dickson / Perhentian). Tidakkah ianya menguntungkan anda?

Tambah menarik lagi, terdapat banyak promosi hebat yang sedang berlangsung di Alamanda buat masa sekarang yang mana ianya berupa potongan harga dan banyak lagi promosi lain. Ini bermakna, ianya adalah masa terbaik untuk shopaholic seperti anda keluar membeli- belah sekaligus berpeluang untuk menikmati percutian hebat secara percuma!

Berikut adalah antara promosi yang sedang berlangsung di Alamanda.

Bagzbar: Dengan pembelian RM500 dan ke atas, anda akan menerima sebuah Paris Hilton Note Book secara PERCUMA

Bonia: Dengan pembelian sepasang kasut lelaki Bonia, anda berhak untuk membeli beg kasut dengan harga RM49 sahaja (harga runcit: RM149)

Valentino Rudy: Anda akan menerima diskaun 20% untuk item pertama yang lebih tinggi harganya. Manakala untuk item ke-2 dan seterusnya, anda berhak untuk menerima diskaun tambahan sebanyak 10%

Nandos: Nando’s peri Hearty hanya berharga RM17.80 dan anda peluang untuk memenangi sebuah Club Med, pakej Cherating 2 orang.

LeSportSac: Diskaun sehingga 50% storewide.

Envee: Dengan pembelian RM400 dan ke atas dalam satu resit, anda akan menikmati 20% daripada item seterusnya.

Nichii: Storewide diskaun sehingga 70% daripada 21.11.2009 hingga 3.1.2010

Cold Storage: RM10 COLD STORAGE VOUCHER bagi anda yang membeli RM100 dan ke atas dalam satu resit.

Habib Jewels: Diskaun sehingga 70% untuk berlian dan perhiasan kecuali barang-barang mewah, 916 Gold Harga – Kurang RM6 per gram & voucher RM50 untuk pembelian RM1, 000 dan ke atas. (Ditukarkan dengan pembelian kedua di atas RM1,000.) – Sah sehingga 31 Januari 2010.

Paris Hilton: Promosi harga khas RM599 untuk set handbag (bag tangan) dan dompet. Anda juga akan menerima buku nota percuma dengan pembelian RM500 dan ke atas

Tidakkah promosi ini berbaloi-baloi untuk anda?

Oh ya, buat anda yang mungkin tidak pernah datang ke pusat membeli-belah Alamanda ini, mungkin ini adalah masa terbaik untuk anda keluar bersantai bersama keluarga disamping membeli-belah kerana di Alamanda juga terdapat Golden Screen Cinemas Cineplex dengan lebih daripada 160 spesialisasi penyewa disamping pusat bowling yang menarik.

Sebagai gambaran jelas untuk anda, di Alamanda juga terdapat Parkson Department Store, Carrefour Hypermarket, Supermarket Cold Storage selain Niichi, Manhattan Fish Market, Nike, Levis, Old bandar Kopitiam, Guess, Espirit, Billabong, Quicksilver, Big Apple Donuts, Sasa, Watson, Famous Amos, MacDonalds, Burger King, Sushi King, Secret Recipe, Pulau Pinang desa, Starbucks, elianto, Ms Read dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih banyak lagi, anda kenalah datang sendiri ke Alamanda. Hehe..

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Segeralah bawa keluarga dan kawan-kawan anda untuk berbelanja di Alamanda semasa musim cuti sekolah dan juga perayaan ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.alamanda.com.my atau terus sahaja hubungi Concierge Desk mereka yang ramah di talian 03-88888882.

Related Posts with Thumbnails

Tempat telak iklan yang sungguh berkesan dan berbaloi
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D



[close]