Contest
Contest Teka, Tweet & Menang

Agak lama kitorang tak buat contest jadi memandangkan raya dah dekat ni, kami dengan hati yang gembira menganjurkan satu contest mudah untuk anda semua sertai. Serius, ianya sangat mudah kerana anda tak perlu buat sebarang blog post pun. Apa yang anda perlukan hanyalah akaun Twitter. Takkan Twitter pun takde lagi kot?
Contest ini kami namakan sebagai Contest Teka, Tweet & Menang
Teka – Teka gambar yang diberikan
Tweet – Tweet’kan jawapan kepada kami
Menang – Jika jawapan anda betul
Syarat penyertaan:
1. Ada akaun Twitter yang aktif dan mempunyai sekurang-kurang’nya 30 orang followers. Kalau tak cukup lagi tu, pandai-pandailah anda dapatkan follower. Kami buat macam ni sebab tak mahu anda daftar Twitter semata-mata untuk sertai contest ni kemudian senyap macam tu saja. Tak best la kan?
2. Follow Twitter kami iaitu @zonartis kerana dari semasa ke semasa kami akan update contest ini melalui Twitter dan berkemungkinan besar juga kami akan memberi hint percuma bagi kepada anda. Selain itu, ianya juga perlu kerana jika anda menang, kami akan hubungi anda secara direct message (DM).
Kalau sudi, follow juga Twitter penaja hadiah contest ini iaitu @azizwan
3. Boleh memberikan jawapan beberapa kali tapi setiap satu ID hanya dibenarkan memberi satu jawapan per jam. Contoh: Anda jawab pada jam 3pm tapi jawapan anda tidak dinyatakan betul, anda boleh hantar satu lagi jawapan pada jam 4pm dan begitulah seterusnya. Jika didapati anda memberi lebih dari satu jawapan per jam, ID anda di ‘banned’ serta-merta dari menyertai contest ini. Maksudnya, anda langsung takde peluang untuk menang.
4. Contest ini berakhir pada 31. Ogos 2010 atau apabila kesemua hadiah yang ditawarkan habis dimenangi (yang mana lebih dahulu).
5. Jawapan betul yang pertama kami terima akan dikira sebagai pemenang. Pemenang akan dimaklumkan melalui Twitter dan kat halaman ni.
Nota: Syarat mungkin berubah jika dirasakan perlu.
Hadiah yang bakal dimenangi:
Sehelai T-Shirt beserta wang tunai berdasarkan nilai semasa untuk 3 pemenang.
*Nilai semasa: Kami menawarkan RM100 sebagai nilai permulaan namun ianya akan dikurangkan RM10 untuk setiap 1 hint yang dipaparkan di sini (tidak termasuk hint yang diberikan melalui Twitter, jika ada). Misalnya anda dapat menjawab dengan betul sebelum sebarang hint dipaparkan, maka anda memenangi sehelai T-Shirt Zon Artis dan wang tunai RM100. Kalau dah ada 1 hint, anda kiralah sendiri berapa RM yang akan anda terima. Hee..
Senarai pemenang









