
Tahniah dan selamat pengantin baru kami ucapkan kepada Mohd. Nadzri Redzuawan atau lebih dikenali dengan nama Chef Riz dan Ana Dahlia kerana dengan hanya sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri dalam satu upacara akad nikah yang berlangsung tengah hari tadi di kediaman keluarga Ana Dahlia iaitu di Kg. Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.
Di majlis tersebut, Ana Dahlia menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 dengan mas kahwin berjumlah RM1001.00 beserta 13 dulang hantaran. Sementara itu, Chef Riz pula menerima 15 dulang hantaran sebagai balasan daripada pihak perempuan.
Info tambahan, majlis persandingan mereka akan diadakan pada malam ini bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak. Majlis menyambut tetamu di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Kg. Sg. Koyan, Pahang pada 18 Disember nanti.

Tahniah sekali lagi buat Chef Riz dan Ana Dahlia. Selamat menempuhi alam rumahtangga dan selamat berbahagia. Kami doakan agar ikatan pernikahan ini akan berkekalan buat selama-lamanya. Amin.






Miss Meen says:
December 11th, 2011 at 4:39 pm
Wah Tahniah!!! Lawanya Make up Ana Dahlia …totally awsome… hihihi
[Reply]
nena says:
December 11th, 2011 at 5:46 pm
cgratssss
[Reply]
chikaro says:
December 12th, 2011 at 8:59 pm
tahniah.. baju perfecto..!
[Reply]