(Breaking News) Latif Ibrahim Kritikal Di IJN

Wednesday, December 21, 2011 20:29
Posted in category General

LATIF IBRAHIM

Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Latif Ibrahim, 61, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad lalu akibat serangan sakit jantung.

Penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim berkata Latif kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

“Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal. Buat masa ini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN,”

Tambah Khatijah lagi, ini merupakan kali kedua Latif dimasukkan ke IJN akibat penyakit yang sama.

“Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung,”

Dalam pada itu, Khatijah berkata buat masa ini pelawat yang ingin menziarah tidak dibenarkan masuk atas arahan pihak IJN.

Kepada anda yang membaca post ini, ayuh sama-sama kita doakan agar Latif Ibrahim segera pulih dari keadaan kritikal.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D