Berita Ringkas Dunia Hiburan (Edisi 2)

Sunday, March 25, 2012 0:36
Posted in category Slot Berita Ringkas

JANUARY JONES EATING OWN PLACENTA Percaya atau tidak, January Jones (gambar) sanggup memakan plasenta dari rahimnya sendiri untuk mengekalkan kecantikan wajah. January mula mengamalkan memakan plasenta sejak dia melahirkan bayinya, Xander pada September tahun lalu dan bintang filem Mad Men itu percaya dengan memakan organ tersebut, dirinya akan lebih sihat. – TVNZ (Laporan asal Bang Showbiz)

Penyanyi Marilyn Manson dikatakan sudah ada kekasih baru selepas putus cinta dengan Evan Rachel Wood pada tahun lalu. Marilyn dikhabarkan kerap kelihatan makan malam bersama seorang penyanyi yang bernama Lana Del Ray, dan baru-baru ini mereka telah ke sebuah hotel bersama. – Gawker

Mulai 30 Mac ini, stesen televisyen 8TV akan membawakan sebuah drama bersiri Kantonis popular berjudul A Fistful of Stances. Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul, drama yang berkisarkan tentang konflik keluarga ini mampu membuatkan penonton ‘ketagih’ untuk menyaksikan episod-episod yang lain. – mStar Online

Mania minggu ke-2 menyaksikan persembahan daripada kumpulan Kristal, Adira, Hafiz, Alyah dan Chaq. Kumpulan Kristal bernaung di bawah empayar Dato’ M. Nasir, Adira dan Alyah bernaung di bawah empayar Aubrey Suwito manakala Hafiz di bawah empayar Ahmad Dhani. Chaq? Hanya akan diketahui pada minggu hadapan. – Astro RIA

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D