Ya, tajuk sedikit pelik! Untuk makluman, Berita Ringkas Dunia Hiburan adalah slot baru dari kami untuk sajian anda dimana dalam slot ini, kami akan menyajikan berita hiburan ringkas yang kami perolehi dan ambil dari pelbagai sumber untuk rujukan anda.
Setakat ini, kami belum pasti bagaimana slot Berita Ringkas Dunia Hiburan ini akan berjalan. Sama ada ianya akan dibuat setiap hari ataupun mengikut kelapangan masa kami. Tapi rasanya itu tidak penting, yang penting slot ini untuk kaki gosip macam anda!
Berikut antara Berita Ringkas Dunia Hiburan untuk edisi 1 ini:
Kehamilan Beyonce (yang telah melahirkan anak perempuan, Blue Ivy Carter, pada 7 Januari lalu) dipertikai apabila dia muncul pada sebuah majlis amal dengan tubuh badan yang langsing dan mengenakan gaun pendek busana jenama Victoria Beckham pada Selasa lalu. – Huffpost Celebrity
Punca sebenar kematian diva terkenal, Whitney Houston telah diketahui apabila ujian toksilogi mendapati Whitney sebelum kematiannya telah mengambil dadah jenis marijuana, Xanax, ubat penenang otot (Flexeril) dan ubat alergik (Benadryl). – TMZ
Yuna mengakui terluka apabila dituduh menjadi penyebab penyingkiran Qi Razali daripada program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) terbitan TV3. Yuna berkata, dakwaan dia mencampuri urusan tugas Qi adalah tidak benar sama sekali kerana pengunduran kekasihnya itu adalah atas kehendak sendiri. – mStar Online
Ahmad Idham menganggap penayangan filem tempatan menerusi saluran Astro First akan merosakkan industri perfileman tempatan dengan lebih mudah. Tambahnya, nilai eksklusif sesebuah filem akan terus merudum selain bilangan penonton di panggung wayang akan berkurangan pada masa akan datang. – mStar Online
Psstt: Ganas siot anak ikan jerung ni





