
Selepas mengesahkan sudah bertunang dengan Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah pada 3 November lalu, hari ini di mStar Online – Linda Hashim mengesahkan pula yang mereka akan melangsungkan perkahwinan pada pertengahan tahun ini. Walau bagaimanapun, tarikh sebenar masih tidak didedahkan.
Menurut Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, dia tidak dapat mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka bagi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. Dalam pada masa yang sama, Linda turut menidakkan tarikh perkahwinan mereka pada bulan Mac seperti yang didakwa sebelum ini.
“Insya-Allah kami akan bernikah pada pertengahan tahun tetapi bukan Mac seperti didakwa sebelum ini. Tarikh sudah ada cuma kami tidak mahu dedahkannya dahulu. Persiapan sedang berjalan serba sedikit memandangkan kami berdua juga sibuk dengan komitmen lakonan masing-masing,”
Jika pertengahan tahun, berkemungkinan besar majlis pernikahan tersebut akan dilangsungkan sekitar bulan Mei, Jun ataupun Julai. Bilapun tarikhnya, semoga apa yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Jangan lupa berikan kad jemputan kepada kami yer!






Beego & Linda Hashim Nikah 8 Jun 2013 | Zon Artis says:
January 23rd, 2013 at 10:51 pm
[...] Sebelum ini Linda Hashim enggan mendedahkan tarikh tepat bila dia dan Beego akan melangsungkan perkahwinan dengan alasan bagi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. [...]