
Ini berita sedih. Azza Elite yang baru sahaja mengesahkan telah hamil baru-baru ini mengalami keguguran hari ini. Bagaimanapun, Azza enggan mengulas lanjut tentang insiden yang berlaku. Jelasnya, ketika ini perasaannya agak terganggu dan berharap semua pihak boleh memahami situasinya.
Seperti kata Azza kepada portal GUA:
“Cukuplah saya katakan memang benar saya mengalami keguguran. Tetapi saya tidak mahu mengulas lanjut kerana emosi saya agak tertekan ketika ini. Tolong berikan masa kepada saya untuk bertenang. Terus-terang saya katakan, perasaan saya benar-benar terganggu kerana banyak pihak yang menghubungi saya bertanya perkara yang sama,”
Kepada Azza dan suami, salam takziah daripada kami buat anda berdua. Diharap anda sabar dan redha diatas apa yang terjadi ini.





