
Azza (Elite) telah mengumumkan yang dia akan bernikah dengan seorang pramugara AirAsia, Azlan Zulaily, pada 1 April ini (Ahad) tanpa sebarang ikatan pertunangan kerana enggan melalui cabaran yang tidak diduga itu.
Azza atau nama sebenarnya Azzarima Zawari berkata, sama ada bertunang atau tidak, ia bukanlah satu persoalan atau isu yang besar, sebaliknya lebih mudah untuk dirinya dan pasangan untuk mendirikan rumah tangga terus.
“Rasanya, perkara baik (berkahwin) tidak perlu dilengah-lengahkan. Dan saya rasa, kami tidak perlu melalui fasa pertunangan.
“Nanti banyak pula cabarannya. Sudahlah kerja penuh dengan cabaran, sebelum kahwin pun nak ada cabaran pula. Saya tidak mahu melalui itu,”

Untuk info, upacara pernikahan Azza itu nanti akan dilangsungkan di Masjid Bukit Antarabangsa selepas solat Zuhur. Majlis resepsi pula akan diadakan di pasar raya Mydin, Ipoh, Perak yang belum lagi ditentukan tarikhnya.





