Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Sah Bergelar Suami Isteri

Friday, May 4, 2012 22:44
Posted in category General

GAMBAR PERNIKAHAN AWAL ASHAARI DAN SCHA

Akhirnya, dengan hanya sekali lafaz, Awal Ashaari (31 tahun) dan Scha Al-Yahya (29 tahun) sah bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya sebentar tadi. Walaupun pada awalnya upacara akad nikah mereka akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Awani, namun atas masalah teknikal, siaran langsung tidak dapat disiarkan. Sabar sajalah.

GAMBAR PERNIKAHAN AWAL ASHAARI DAN SCHA

Awal Ashaari atau nama sebenrnya Ahmad Awaluddin Ashaari dan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir dinikahkan sendiri oleh bapa Scha, Syed Mahadzir dengan mas kahwin RM2,050. Pendaftar Nikah Rujuk Putrajaya, Salman Idrus sebagai saksi.

Dalam majlis pernikahan itu, Scha menerima tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada set barangan Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sepasang persalinan, sepasang kasut Christian Louboution dan beg tangan Dior, kurma dan juga kek.

Manakala Awal pula menerima sembilan dulang hantaran balasan yang terdiri daripada sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet Bottega Veneta, sepasang kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sepasang baju Melayu, coklat dan kek.

Zon Artis: Tahniah Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Selamat pengantin baru dan selamat berbahagia.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Sah Bergelar Suami Isteri”

  1. Gambar Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Di Majlis Pernikahan | Zon Artis says:

    May 5th, 2012 at 12:07 am

    [...] update pernikahan [...]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D