
Kami sudah pun memaklum perkara ini di Facebook sejurus sahaja Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya mengumumkan mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan mereka. Tapi disebabkan masih ramai pembaca Zon Artis ni yang belum like page kami tu, maka kami mengambil keputusan kongsikannya lagi kat blog ni.
Sekitar jam 3.30 petang tadi bertempat di Ampwalk, Jalan Ampang, berlangsungnya majlis pengumuman tarikh dan lokasi perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya itu. Seperti yang dinanti-nantikan ramai, Awal dan Scha mengumumkan yang mereka akan melangsungkan pernikahan pada 4 Mei 2012.

Majlis pernikahan akan dibuat di Hotel Pullman, Putrajaya. Selain majlis pernikahan, Scha dan Awal turut mengumumkan mengenai majlis resepsi mereka yang mana ianya akan dibuat selang dua hari selepas tarikh pernikahan iaitu pada 6 Mei 2012 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Foto: mStar Online





