
Zed Zaidi yang merupakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menegaskan, meskipun menyertai parti politik merupakan hak setiap individu, namun penggiat seni tidak sepatutnya mencampur aduk antara politik dan bidang seni demi kepentingan masing-masing.
Seperti kata Zed Zaidi:-
“Jika artis mahu menyertai mana-mana parti politik, itu terpulang kepada mereka. Perjuangan politik negara dan perjuangan seni tanah air adalah sesuatu yang amat berbeza dan tidak boleh dicampur aduk. Jangan melibatkan kepentingan peribadi apabila menyertai parti politik,”
Mengulas perkembangan artis menyertai parti-parti politik, tidak kira parti kerajaan atau pembangkang, Zed Zaidi menyatakan golongan artis perlu mengambil sikap neutral kerana perjuangan mereka adalah semata-mata untuk semua ahli persatuan tanpa mengira fahaman politik.
“Jika mana-mana artis mahu sertai parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang, itu tidak menjadi satu masalah. Terpulang kepada prinsip dan ideologi masing-masing,”




