Anzalna Mohon Maaf Pada Neelofa

Monday, July 2, 2012 20:24
Posted in category General, Kontroversi, Panas

Anzalna Mohon Maaf Pada Neelofa

Genap sebulan kontroversi pertelingkahan berlaku, pelakon Anzalna Nasir pada Isnin (hari ini) akhirnya memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa kerana memfitnah pelakon itu menerusi sebuah akhbar pada 10 Jun lalu.

Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 24, turut mengakui tidak mempunyai bukti terhadap segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Neelofa tetapi ia bukan bermaksud untuk mengaibkan sesiapa.

Berikut kenyataan maaf secara terbuka yang dibuat oleh Anzalna dalam sidang media khas anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di Hotel Royale Chulan, Petaling Jaya yang berlangsung pada petang tadi:-

Anzalna Mohon Maaf Pada Neelofa

“Saya Nur Anzalna Md Nasir di atas nasihat Persatuan Seniman Malaysia dengan ini memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Minggu pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya.

“Saya akui tidak mempunyai bukti yang kukuh ketika mengeluarkan kenyataan di akhbar tersebut.

“Sejujurnya saya tidak bermaksud apa-apa dan tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa daripada kenyataan itu,”

Kenyataan maaf secara terbuka yang dibuat oleh Anzalna itu turut disaksikan Neelofa sendiri serta Presiden Seniman Zed Zaidi, Biro Aduan dan Perundangan Seniman Zahrin Ishak dan peguam kedua-dua aktres terbabit.

Dengan permohonan maaf secara terbuka daripada Anzalna itu, Neelofa menganggap konflik di antara mereka sudah berakhir menerusi permohonan maaf dan persetujuan Anzalna pada syarat-syarat ditetapkan dalam surat perjanjian itu.

“Saya bersyukur kerana semua ini (pergaduhan) sudah berakhir. Saya memilih untuk menyelesaikan kes ini menerusi jalan perundangan kerana saya tahu kedudukan saya berada di pihak yang benar dan ia terbukti pada hari ini.

“Saya berterima kasih kepada Seniman atas bantuan mereka. Jika tiada mereka, mungkin kes ini semakin berpanjangan,”

Anzalna Mohon Maaf Pada Neelofa

Zed Zaidi pula berkata, dia berharap permohonan maaf yang dibuat oleh Anzalna ini dapat meleraikan kekusutan yang timbul dan menyeru pihak media untuk tidak memanjangkan isu ini kerana ia sudah berakhir.

“Semoga pihak media tidak memanjangkan lagi isu ini kerana ia sudah berakhir. Saya berharap media dapat memberikan laporan yang seimbang dan adil supaya kedua-dua aktres ini dapat meneruskan karier mereka tanpa sebarang masalah selepas ini,”

Walaupun permohonan maaf telah dibuat, tetapi Anzalna dan Neelofa dilihat tidak bersemuka apatah lagi bersalaman selepas sidang media berkenaan dimana Anzalna terus meninggalkan majlis dengan tanda tanya.

Anzalna Mohon Maaf Pada Neelofa

Oh ya, bagi yang tidak tahu atau buat-buat tidak tahu, konflik antara Anzalna dan Neelofa tercetus ekoran kenyataan Anzalna yang dianggap sebagai satu fitnah oleh Neelofa dalam artikel bertajuk “Anzalna Bidas Neelofa” yang ditulis oleh Zubir terima bangkai ayam.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Anzalna Mohon Maaf Pada Neelofa”

  1. "Saya Tiada Masalah Berkawan Dengan Anzalna" - Neelofa | Zon Artis says:

    July 3rd, 2012 at 12:19 pm

    [...] Rasanya anda semua sudah tahu yang Anzalna telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Neelofa dalam satu sidang media khas anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di Hotel Royale Chulan, Petaling Jaya yang berlangsung petang kelmarin kerana tindakannya yang disifatkan sebagai memfitnah pelakon itu menerusi sebuah akhbar (Berita Minggu) pada 10 Jun lalu. Jika belum tahu, boleh baca post ini. [...]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D