Anne Ngasri Sedia Disunting Aliff Aziz

Thursday, August 9, 2012 10:58
Posted in category General

ANNE NGASRI DAN ALIFF AZIZ BERCINTA

Perbezaan usia hampir lapan tahun bukan penghalang cinta antara Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 28, dan Aliff Aziz, 21, yang semakin mekar sejak lapan bulan lalu malah hubungan cinta itu turut direstui oleh keluarga masing-masing.

Dan kerana cinta yang semakin mekar itu, Anne secara peribadi telah membuat pengakuan yang dia sedia disunting oleh Aliff Aziz jika jejaka muda kelahiran Singapura itu ingin membawa hubungan cinta mereka ke jenjang pelamin.

Malah menurut Anne, dia dan Aliff sememangnya ada perancangan untuk berkahwin tapi menolak ianya akan berlangsung dalam tempoh terdekat atau selepas raya kerana perkara itu belum dibincangkan lagi. Seperti kata Anne kepada Metro:-

“Memang kami ada perancangan untuk berkahwin, tapi bukan dalam tempoh terdekat atau selepas raya. Semuanya belum dibincangkan lagi. Insya-Allah, apabila tiba masanya nanti, saya tidak menyorokkan berita baik ini,”

ANNE NGASRI DAN ALIFF AZIZ KAHWIN

Zon Artis Jika benar hubungan anda berdua semakin serius dan merancang untuk berkahwin, kami doakan agar semua baik-baik sahaja dan semoga segala perancangan anda akan dipermudahkan olehNYA. Insya-Allah.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D