
Media di Indonesia telah mengeluarkan berita bahawa bekas suami Kris Dayanti, siapa lagi kalau bukan Anang Hermanshah sudah melamar pasangan duetnya, Ashanty. Anang melamar Ashanty ketika mereka pergi bercuti di Beijing baru-baru ini dan tanpa berselindung, perkara tersebut diakui sendiri oleh Ashanty kepada wartawan di Jakarta.
Anang dan Ashanty dijangka berkahwin pada bulan depan kerana dikhabarkan mereka sudah membuat persiapan untuk melangsungkan perkahwinan. Walau bagaimanapun, baik Anang mahupun Ashanty, mereka enggan memberi tahu tarikh bila mereka akan melangsungkan perkahwinan mereka itu. Jadi, sama-samalah kita tunggu.
Sedikit hiburan, kami sertakan lagu Jodohku nyanyian Anang & Ashanty. Enjoy!





