Pada petang semalam (23. Julai 2009) kita dikejutkan dengan berita yang konon’nya Yasmin Ahmad telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya atau dalam erti kata lain telah meninggal dunia. Semua ini terjadi apabila Yasmin Ahmad tidak sedarkan diri semasa membentangkan kertas kerja di TV3 walaupun setelah diberikan bantuan pernafasan CPR.

Oleh kerana itu, ramai pihak telah membuat spekulasi yang Yasmin Ahmad telah menghembuskan nafas terakhirnya pada ketika itu. Namun setelah dibawa ke hospital (Damansara Specialist Centre) dan menjalani pemeriksaan, Yasmin Ahmad dilaporkan masih bernyawa namun perlu menjalani pembedahan akibat strok yang dialaminya.
Sehubungan dengan itu, Yasmin Ahmad telah menjalani pembedahan otak di Pusat Perubatan Pakar Damansara sekitar pukul 6 petang pada hari yang sama dan ianya selesai lebih kurang sejam kemudian. Semasa artikel ini ditulis, Yasmin Ahmad dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih belum sedarkan diri dan jantungnya pula disokong oleh ubat-ubatan.
Zon Artis: Kepada semua pembaca Zon Artis, ayuh sama-sama kita doakan agar kesihatan Yasmin Ahmad segera pulih walaupun kita sedia maklum yang ajal dan maut itu semuanya urusan tuhan.





Wah, Asia Ceramic memang HOT! | World Of Mohd. Azizwan™ says:
July 24th, 2009 at 8:23 am
[...] Yasmin Ahmad semalam. Kalau tak, lagi meletup visitor kot. Apa-apa pun, semoga Yasmin Ahmad cepat sembuh dan aku minta maaf bebanyak kat kamu semua sebab entri kali ni sangat entah apa-apa ntah var [...]
Mr.Bintang says:
July 24th, 2009 at 9:54 am
Semoga Yasmin Ahmad segera pulih.. amiin..
[Reply]
Sang Mi says:
July 24th, 2009 at 11:55 am
semoger cepat sembuh..
[Reply]
hanc says:
July 24th, 2009 at 1:01 pm
semoga cepat sembuh~~
[Reply]
zai says:
July 24th, 2009 at 8:58 pm
Tuhn msih pjangkn umur dia..
moge2 cpt smbuh..
[Reply]
paan says:
July 26th, 2009 at 6:29 am
lambat baca post nie…yasmin ahmad telah meninggal dunia..
[Reply]