Aleya Dan Suami, Ashraf Bercerai Talak Satu

Saturday, March 3, 2012 9:47
Posted in category General

SHARIFAH ALEYA BERCERAI TALAK SATU

Ini berita yang sangat mengejutkan kami dan anda juga mungkin. Apa tidaknya, tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga penyampai Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau lebih dikenali dengan nama Leya dan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin tiba-tiba sahaja dilaporkan sah bercerai talak satu.

Leya dan suaminya (kini bekas suami) Ashraf bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup yang dijalankan pada 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.

Agak sedih juga mendengar perkhabaran ini, tapi jika ini adalah yang terbaik buat mereka, nak buat macam mana kan? Semoga Leya tabah menghadapi situasi ini dan kita doakan yang terbaik buat mereka. Dan untuk info, Leya dan Ashraf bernikah pada 8 Disember 2007 dan telah dikurniakan sepasang anak perempuan kembar.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D