
Genap tiga bulan kematiaan Amy Winehouse, pihak pengurusan dan syarikat rakaman Amy Winehouse, Island Records mengumumkan akan melancarkan album ketiga penyanyi itu yang berjudul ‘Lioness: Hidden Treasures’.
Album yang memuatkan 12 lagu ini bakal diterbitkan oleh Mark Ronson dan Salaam Remi, dimana mereka adalah individu yang bertanggungjawab membawa Amy Winehouse ke puncak kejayaan dengan dua album terdahulunya iaitu ‘Frank’ dan ‘Back To Black’.
‘Lioness: Hidden Treasures’ akan berada di pasaran pada 5 Disember ini. Peminat Amy Winehouse boleh mendengar rakaman terakhirnya iaitu duet bersama Tony Bennet yang turut dimuatkan di dalam album ini.





