
+ Sumber: Twitter syedsobrie
Inna lillahi wa inna ilayhi rajiāun
Seperti mesej Twitter yang anda baca kat atas tu, ya, Achik Spin telah meninggal dunia kerana terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas).
Menurut laporan berita, kereta yang ditumpangi oleh Allahyarham Achik dikatakan terbabas sebelum melanggar papan tanda lebuhraya dan terbakar. Allahyarham berada di dalam kereta semasa kereta terbakar.
Oleh itu, kami di Zon Artis mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga kalian tabah menghadapi ujian dan dugaan daripada’NYA ini. Al-Fatihah buat Achik atau nama penuhnya Abdillah Murad bin Md Shari.
*RALAT: Kat atas tu tulis yang arwah berada di dalam kereta semasa kereta terbakar. Namun, dari berita yang dilaporkan di kaca TV, arwah dikatakan terhumban keluar daripada kereta dan mengalami kecedaraan teruk pada bahagian kepala serta badan yang menyebabkan Arwah meninggal dunia di tempat kejadian.
Lihat ni juga: Gambar Kereta Achik Spin Yang Hangus Terbakar





Dauspozi says:
April 17th, 2010 at 9:10 pm
Al-fatihah…
[Reply]
Faez says:
April 17th, 2010 at 10:25 pm
Takziah Kepada ahli keluarga achik spin dan Al fatihah
[Reply]
nena says:
April 18th, 2010 at 12:48 am
terkejot dgr.takziah
[Reply]
zik says:
April 18th, 2010 at 2:25 am
al-fatihah..
[Reply]
GadisAyu says:
April 18th, 2010 at 11:40 pm
al-fatihah dan takziah
[Reply]
Amy says:
April 19th, 2010 at 4:44 am
terkejot dgr.takziah
[Reply]
Amy says:
April 19th, 2010 at 9:09 am
Takziah Kepada ahli keluarga achik spin dan Al fatihah
[Reply]