(Akademi Fantasia 9) Fina Terima Imuniti, Terus Ke Final

Saturday, May 28, 2011 23:46
Posted in category General

KONSERT AKHIR AKADEMI FANTASIA 9

Jika anda mengikuti perjalanan Akademi Fantasia untuk musim ke-9 ini, pastinya anda sudah sedia maklum mengenai imuniti yang diwujudkan dimana pelajar yang menerima imuniti akan dihantar terus ke konsert akhir (final) tanpa perlu melalui konsert minggu ke-9. Dan untuk itu, pelajar yang menerimanya adalah Fina. Tahniah!

Di minggu ke-8 ini ada kejutan yang mungkin sudah dapat dijangka oleh ramai pengikut Akademi Fantasia (termasuklah kami) dimana tiada penyingkiran dilakukan yang jika ada, Lena adalah pelajar yang tersingkir kerana dia mendapat undian paling rendah walaupun dari awal kedudukan tercorot ditunjukkan namanya tidak kelihatan.

KONSERT AKHIR AKADEMI FANTASIA 9
Status original di sini

Oleh itu, empat pelajar akan bersaing di konsert minggu ke-9 untuk menempatkan diri di pentas final Akademi Fantasia 9 iaitu Lena, Erul, Hazama dan juga Azri. Anda rasa, antara empat pelajar ini, siapakah yang akan tersingkir? Jika dilihat pada pola undian, Azri berkemungkinan besar menjadi pelajar yang tersingkir di minggu ke-9.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “(Akademi Fantasia 9) Fina Terima Imuniti, Terus Ke Final”

  1. tip mengandung says:

    May 30th, 2011 at 3:01 pm

    xtgk pon af ni..sape fina pon x thu..

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D