(AF8) Kerusi pengetua diduduki oleh Norman KRU

Wednesday, February 10, 2010 0:08
Posted in category General

Senarai tenaga pengajar Akademi Fantasia 8 (AF8)Penantian serta teka-teki mengenai siapakah yang akan menduduki kerusi pengetua program realiti Akademi Fantasia untuk musim ke-8 yang bakal membuka tirainya pada 13 Mac 2010 ini telahpun terjawab bilamana nama Norman Abdul Halim atau lebih familiar dengan gelaran Norman KRU diumumkan sebagai peyandang jawatan ‘terpanas’ tersebut.

Menurut pihak Astro, Norman KRU sememang’nya menjadi pilihan utama mereka dalam menerajui Akademi Fantasia musim ke-8 ini kerana mereka yakin dengan kemampuan Norman KRU berdasarkan latar belakang’nya sebagai seorang komposer, penyanyi, usahawan dan orang yang berpengaruh. Senang cakap, mempunyai pengalaman yang luas dalam industri seni.

Jika dilihat dari segi pengalaman, rasanya pemilihan Norman KRU sebagai pengetua bolehlah dikatakan sebagai pilihan yang tepat kerana untuk melahirkan sesuatu yang benar-benar berkualiti, ianya haruslah datang dari peneraju yang berpengalaman. Cuma buat masa ni tak boleh nak komen lebih-lebih sebab kita tak nengok lagi kebolehan dan kemampuan Norman sebagai peneraju AF yang tempoh masanya agak singkat. Jadi, kita tunggu dan lihat apa hasilnya nanti.

Senarai pelajar Akademi Fantasia 8

Selain itu, pihak Astro juga telah mengumumkan yang Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley akan menjadi hos bersama untuk AF musim ke-8 ini sekaligus mengambil alih tempat AC Mizal yang tidak lagi bersama AF untuk musim kali ini. Mengenai pemilihan hos ini, boleh dikatakan agak sesuai jugalah tapi sama-sama kita lihat bagaimana mereka akan mengendalikan’nya nanti. Samada ianya akan menjadi lebih baik, tiada perubahan atau semakin teruk dan sangat membosankan.

Barisan tenaga pengajar pula terdiri daripada beberapa muka lama yang bagi kami sangat berpengalaman antaranya Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal), Linda Jasmine (guru tari), Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan) dan Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris). Manakala satu muka baru iaitu Que Haidar selaku Jurulatih Drama.

Oleh itu, tahniah Zon Artis ucapkan kepada semua yang terpilih dan semoga kalian semua dapat menjadikan Akademi Fantasia musim ke-8 ini adalah Akademi Fantasia yang superb daripada biasa. Huhu..

Oh ya, berikut adalah jadual perjalanan AF musim ini:

Senarai pelajar Akademi Fantasia 8

Related Posts with Thumbnails

Tempat telak iklan yang sungguh berkesan dan berbaloi
You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Responses to “(AF8) Kerusi pengetua diduduki oleh Norman KRU”

  1. ROHAIFI AZRI says:

    February 10th, 2010 at 12:32 am

    TAHNIAH Norman…
    Tapi Que Haidar pun turut ada, rezeki anak…

    [Reply]

  2. ROHAIFI AZRI says:

    February 10th, 2010 at 12:36 am

    Tapi buhsan gak, laki-bini jadik guru AF8. Bagi la peluang kat artis lain yang lebih otaiii…

    [Reply]

  3. el says:

    February 10th, 2010 at 12:44 am

    klik2 digi

    [Reply]

  4. AJ says:

    February 10th, 2010 at 2:21 am

    Oh, AF8… Sorry AJ tak follow benda2x alah ni..
    Lani syok blogwalking klik iklan blog kawan ja.. huhuhu baru pas klik dapatwang. :D

    [Reply]

  5. elaxcute says:

    February 11th, 2010 at 5:11 pm

    sye ucapkn tahniah kpde yg dpt rzki tu .sape yg bace ni tlg doakn cye dpt rezki

    [Reply]

  6. Pisyek says:

    February 11th, 2010 at 6:14 pm

    wa… AC da x jd host eh..?

    [Reply]

  7. nena says:

    February 12th, 2010 at 12:54 am

    ade lg rupenye af ni.igt pupos suday

    [Reply]

  8. wikwiki says:

    February 13th, 2010 at 9:45 am

    ntahlah..kalau ada yang mantap dan best..aku tetap sokong..
    tp kalau lemau..hurmm..
    harap af 8 ada perubahan..

    [Reply]

  9. mia says:

    February 13th, 2010 at 3:09 pm

    no komen…xpenah minat AF..apetah lg nk afundi diorg..lg xminat…buang kredit jek

    [Reply]

  10. qis says:

    February 16th, 2010 at 3:30 pm

    tahniah bt norman abd halim,saya tak kesah sgt bab2 pengetua ni yg mghebatkan satu2 program adalah host….tgk dulu la camne klu ok layan but klu mcm AC dulu sory ye tak best langsung….boring gila..tp apa2 pun AZNIL TETAP D HATI…..U AR DE BEST

    [Reply]

  11. ct says:

    April 2nd, 2010 at 4:10 pm

    thun ni pelajar2 af sume kuat nagis,bnd2 yg remeh pn nk touching.lbh2 lg si nad 2.bosan nk tgk.

    [Reply]

  12. Nur says:

    April 20th, 2010 at 8:53 pm

    happy nyerr norman kru yg jd pengetua untuk akademi 8…
    hehe…=)

    [Reply]

  13. aerah says:

    June 25th, 2010 at 10:31 pm

    iwan !u’re hot!:)

    [Reply]

Leave a Reply

Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D



[close]