
Alhamdulillah! Itu perkataan pertama yang keluar dari mulut saya bila mendapat tahu yang Aidil Zafuan telah membuat permohonon mahkamah menarik balik hasrat untuk bercerai dengan Rita Rudaini dan permohonan Aidil Zafuan atau nama sebenarnya Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak itu diluluskan oleh mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya.
Keputusan itu dibuat oleh hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad selepas mendengar permohonan Aidil Zafuan berhubung penarikan permohonan cerai yang difailkannya pada 12 April lalu. Dan dalam pada masa yang sama, beliau juga mengarahkan Aidil Zafuan membayar kos kerugian kepada Rita Rudaini sebanyak RM250 seperti dituntut.
Aidil Zafuan yang diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib Johari mengemukakan tiga alasan berhubung penarikan balik permohonan bercerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Menurut Ahmad Nazib, permohonan anak guamnya iaitu Aidil tidak diteruskan kerana Rita Rudaini tidak bersetuju untuk bercerai pada prosiding yang berlangsung pada 30 April lalu.
Aidil yang sempat ditemu-bual pihak media selepas prosiding mahkamah berharap agar penarikan semula hasrat untuk bercerai yang dibuatnya ini akan memulihkan kembali hubungannya dengan Rita Rudaini dan dua anak mereka iaitu Aidit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna. Saya doakan semoga ianya seperti yang diharapkan. InsyaAllah.
Psstt: Nampak gayanya, sesiapa sahaja dah boleh memiliki kereta Volkswagen~






Ady Putra Sahkan Fail Permohonan Untuk Bercerai | Zon Artis says:
May 17th, 2012 at 10:29 am
[...] Aidil Zafuan telah menarik balik hasratnya mahu menceraikan Rita Rudaini (post sebelum ini), lain pula ceritanya dengan aktor yang boleh dikatakan agak handsome jugalah iaitu Ady Putra [...]
"Tuntutan Aidil Kelakar Dan Macam Budak-Budak" - Rita Rudaini | Zon Artis says:
May 17th, 2012 at 12:03 pm
[...] sambungan daripada post Aidil Zafuan Batal Hasrat Ceraikan Rita Rudaini~ [...]